Google Terus Buat Untuk Kita Menggunakan E-Book—Tapi Anda Pilih Yang Mana? October 8, 2017 – Posted in: Thoughts

Di antara satu jasa dari banyak jasa yang Google berikan kepada dunia ialah mereka sentiasa berusaha keras untuk menyediakan akses digital yang baik kepada kita. Sebab itu, sebelum ini Google pernah membuat keputusan besar—dan juga kontroversi—untuk bekerjasama dengan perpustakaan-perpustakaan besar universiti bagi mengimbas (scanning) semua buku-buku bercetak dan dijadikannya buku digital (E-Book). Dalam erti kata lain, perpustakaan akan menyediakan semua buku-buku bercetak yang mereka miliki, dan Google akan menyalin kesemuanya dalam bentuk e-book. Indah bukan?

Namun tak lama selepas itu, mereka yang membantah keputusan Google ini telah memfaikan tuntutan mahkamah sebab bagi mereka apa yang Google cuba lakukan ini tidak sah.

Di sini timbul isu pelanggaran hak cipta, bagi mereka apa yang Google ingin lakukan ini—selagi ia bukan ‘public domain’—samalah seperti menerbitkan buku cetak rompak versi digital.

‘Fair Use’

Dalam satu temu bual dengan The Atlantic, Google menegaskan projek ini layak dilindungi oleh ‘fair use’—keizinan menggunakan bahan-bahan yang telah dilindungi hak cipta dengan syarat-syarat tertentu—di dalam undang-undang hak cipta Amerika.

Perdebatan itu menjadi besar dan semakin besar sehingga membangkitkan isu-isu lain sekitar pengiklanan, monopoli, serta isu-isu lama dalam peraturan hak cipta Amerika.

Akhirnya, sayup-sayup projek ini hilang tanpa khabar berita.

Perkembangan Terbaru

Tetapi dalam satu perkembangan baru, walaupun secara tidak langsung, Google telah pun bekerjasama dengan perpustakaan di seluruh negara untuk menghubungkan pembaca dengan e-book ini.

Apabila pembaca membuat carian buku ia membawa kepada pencarian teks dalam pengkalan data perpustakaan tempatan dan ia akan dihubungkan kepada institiusi-institiusi yang berkaitan dengan carian pembaca.

Institiusi-Institiusi ini pula ialah institiusi yang sememangnya menghadapi masalah sebelum ini untuk mendapatkan pelanggan untuk memanfaatkan e-book yang memang tersedia di dalam laman-laman web mereka. Semua pihak mendapat manfaat.

Google Book Search

Kemudahan terbaru ini tidaklah bercanggah dengan fungsi Google Book Search yang sedia ada malah saling melengkapi.

Tujuan utama kemudahan baru ini ialah mendapatkan orang untuk membaca buku dan menggunakan perpustakaan, manakala Goolge Book Search ditetapkan untuk memantapkan fungsi internet dan menerajui keunggulan Google sebagai enjin carian yang komprehensif.

Walaupun mungkin kita tak pernah tahu secara tepat ukuran kepenggunaan pembaca hakikatnya, namun sifirnya dengan jatuhnya kadar pembacaan e-book akan membawa maksud buku bercetak akan terus kekal sebagai produk perpustakaan yang paling banyak digunakan.

Olahan dari artikel asal berjudul Google Wants You To Read E-Books ditulis oleh Ellen Duffer yang diterbitkan menerusi FORBES pada 30 Sept 2017.

« 5 Langkah Ini Membuatkan Anda Mampu Membaca Dengan Kelajuan Yang Lebih Pantas!
5 Sebab Kenapa Membaca Sebelum Tidur Akan Memberikan Kita Tidur Yang lebih Baik! »