Ishiguro Pemenangnya – Tapi Bagaimanakah Proses Saringan Nobel Kesusasteraan Ini? October 6, 2017 – Posted in: Chronicles from Mandala

Kazuo Ishiguro telah diumumkan oleh Swedish Academy semalam sebagai pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan bagi tahun ini. Namun siapa yang tahu bagaimana proses saringan dan pemilihan pemenang  hadiah berprestij ini?

Kalau tak tahu, mari kami kongsikan.

Proses awal pemilihan bagi Hadiah Nobel Kesusasteraan ini bermula pada bulan September setiap tahun iaitu dengan mula mengedarkan borang pencalonan kepada mereka yang berkelayakan untuk mencalonkan bakal penerima hadiah nobel ini.

Proses ini akan berakhir pada bulan Oktober tahun berikutnya dengan pihak akademi pemgumumkan siapakah pemenang bagi hadiah ini.

Di sini kami kongsikan kronologi lengkap proses saringan dan pemilihan bagi mendapatkan pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan ini.

SEPTEMBER

Borang Pencalonan Dihantar – Jawatakuasa Nobel akan mengedarkan borang pencalonan kepada lebih 600 individu atau organiasi yang layak untuk menamakan calon bagi pemenang hadiah nobel ini.

FEBRUARI

Tarikh Akhir Penyerahan Borang Pencalonan – Borang pencalonan mesti sampai ke tangan Jawatankuasa Nobel sebelum 31 Januari tahun berikutnya. Jawatakuasa akan melakukan ‘screening‘ awal pada nama-nama yang telah dicadangkan untuk kelulusan pihak akademi seterusnya.

APRIL

Senarai Awal Dikeluarkan– Selepas beberapa proses pemerhatian, jawatankuasa akan memilih 15-20 nama sebagai senarai awal calon pemenang hadiah nobel.

MEI

Calon Akhir – Jawatankuasa akan melengkapkan senarai 5 individu akhir untuk penilaian pihak akademi.

JUN – OGOS

Fasa Menelaah Karya – Ahli akademi akan membaca dan meneliti segala hasil karya 5 calon akhir tersebut sepanjang musim panas berlalu manakala Jawatankuasa Nobel akan menyediakan laporan individu bagi setiap calon akhir ini.

(Dikatakan ahli akademi akan membaca karya pengarang itu dengan penuh berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kebocoran termasuklah menggunakan nama kod pengarang dan kulit buku palsu ketika membacanya di tempat awam.)

SEPTEMBER

Waktu Rundingan – Selepas membaca dan meneliti karya calon-calon akhir, ahli akademi akan mula berunding tentang merit sumbangan setiap finalis.

OKTOBER

Pemenang Nobel Dipilih – Awal Okober, Akademi telah pun memilih pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan bagi tahun tersebut. Pemenang mestilah menerima lebih dari separuh undian keseluruhan. Seterusnya, pemenang akan diumumkan kepada khalayak.

DISEMBER

Pemenang Menerima Hadiah – Majlis Penganugerahan Hadiah Nobel ini akan diadakan di Stockholm pada 10 Disember setiap tahun – tarikh ulangtahun kematian Alfred Nobel – di mana pemenang akan menerima Hadiah Nobel mereka secara rasmi yang berupa medal, diploma dan dokumen pengesahan sejumlah wang yang ditetapkan untuk penerima bagi tahun tersebut.

« 5 Sebab Kenapa Membaca Sebelum Tidur Akan Memberikan Kita Tidur Yang lebih Baik!
Tahniah Pemenang Anugerah Nobel Sastera 2017! »