Kanak-Kanak Lambat Membaca Dan Menulis Mungkin Disebabkan Masalah Pendengaran October 13, 2017 – Posted in: Thoughts

Kanak-kanak yang susah dalam membaca dan menulis atau pun yang telah didiagnosis mengidap dyxlexia, berkemungkinan besar mengalami masalah pendengaran sebagaimana yang para saintis telah temukan.

Coventry University telah mendapati 25% daripada sampel berumur 8 hingga 10 tahun yang mempunyai masalah membaca menunjukkan mereka mempunyai masalah cacat pendengaran ringan atau sederhana (mild or moderate hearing impairment) yang mana ibu bapa dan guru-guru mereka tidak terlalu mengambil perhatian.

Dalam satu kajian terhadap 196 orang kanak-kanak, 1 daripada 4 orang  yang mengidap dyslexia tidak dikenalpasti masalah pendengarannya. Sementara 1/3 daripada kanak-kanak  ini mempunyai masalah membaca dan menulis dalam masa yang sama mereka juga mengalami jangkitan telinga yang berulangan.

Dr Helen Breadmore dalam laporannya menyebut, ramai kanak-kanak di sekolah tidak dikesan masalah pendengaran ringan (mild hearing loss) yang mereka alami, dan itulah yang menyebabkan mereka agak sukar untuk akses kepada pembelajaran.

Katanya lagi “Prosedur pengesanan (screening) pendengaran yang ada kini belum cukup untuk mengesan permasalahan  yang dialami kanak-kanak ini dan kami turut mencadangkan agar mereka membuat ujian pendengaran mereka dengan lebih mendalam dan lebih kerap,”

Masalah pendengaran ringan dan sederhana (mild and moderate) ini akan menyebabkan mereka menjadi susah untuk menerima sebutan bunyi (perception of speech sound) terutamanya di dalam kelas yang suasananya bising dan banyak gangguan.

Oleh itu, kanak-kanak yang menderita jangkitan telinga berulangan dan mereka yang ada masalah pendengaran akan mempunyai kadar penerimaan yang berubah-ubah terhadap setiap sebutan bunyi sedangkan penerimaan bunyi ini adalah maklumat yang sangat penting dalam peringkat umur mereka untuk belajar membaca.

Terjemahan artikel asal bertajuk Children Who Struggle to Read or Write May Actually Have Hearing Problems yang diterbitkan menerusi The Telegraph bertarikh 6 Oct 2017.

« The Parthenon of Books: Sebuah Simbol Penentangan Terhadap Pengharaman Buku!
Karya Hemingway Ini Mengajar Untuk Kita Lebih Menghargai Karya Anak-Anak Seawal Usianya! »