Sebuah Huraian Tentang Sepanyol – Victor Lapuente Giné 11 October 2017 – Posted in: Thoughts

Dalam masa beberapa hari, Parlimen serantau Catalan akan mengisytiharkan kemerdekaan Catalonia, selepas 500 tahun berada dalam jajahan Sepanyol.

Beberapa jam selepas itu, kerajaan Sepanyol berkemungkinan akan bertindak balas dengan menghantar ribuan polis untuk menahan pegawai-pegawai tertinggi Catalan sekaligus menamatkan 40 tahun pemerintahan sendiri yang makmur. Rakyat Catalan pula akan turun ke jalanan dan melancarkan pemberontakan yang mengakibatkan kesan yang buruk.

Seimbas lalu, idea bahawa Sepanyol akan menjadi huru-hara adalah sangat menghairankan.

Negara ini tersenarai dalam kalangan negara demokrasi terbaik di dunia, malah berada di kedudukan atas dari Perancis, Itali, dan Amerika Syarikat menurut beberapa sumber.

Sepanyol juga adalah salah satu destinasi kegemaran pelabur dan pelancong di seluruh dunia. Melihat jalan-jalannya yang indah dan menawan di Barcelona, kemungkinan untuk berlakunya pertempuran ganas adalah seperti kemungkinan berlakunya gerila di hutan British Columbia—hampir mustahil .

Walau bagaimanapun, konfrontasi fizikal antara pihak berkuasa Sepanyol dan kuasa-kuasa pemberontakan Catalan mungkin akan berlaku, melainkan jika pihak-pihak atasan mengubah tindakan mereka.

Malangnya tiada seorang pun daripada mereka mempunyai insentif untuk berbuat demikian. Seperti James Dean dan Buzz dalam “Rebel Without a Cause,” kerajaan Sepanyol dan Catalan berada di dalam kereta yang bergerak laju ke arah tebing, dengan masing-masing mengharapkan pihak lain menjadi yang pertama untuk melompat keluar.

Kerajaan Sepanyol menganggap bahawa parlimen Catalan tidak akan berani mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral, kerana langkah itu tidak akan menerima pengiktirafan antarabangsa.

Kerajaan Catalan pula yakin bahawa tindakan pihak berkuasa Sepanyol yang menaikkan semula isu polis memukul wanita dan remaja perempuan yang tidak bersenjata yang dilihat oleh dunia sewaktu pungutan suara pada 1 Oktober, akan mencetuskan pemberontakan aman di Catalonia dan mendapat persetujuan antarabangsa yang meluas.

Di samping itu, kedua-dua kerajaan sebenarnya menikmati sokongan popular yang kuat. Parti Rakyat Konservatif (PP) di Madrid dengan mudah memenangi pilihan raya nasional tanpa memikat pengundi di Catalonia, di mana mereka mendapat hanya 11% undi pada tahun 2015. Begitu juga parti-parti pemisah yang memperolehi undi majoriti dalam parlimen Catalan.

Terima kasih juga atas kawalan kerajaan terhadap penerbit awam dan pemberian subsidi awam kepada syarikat media swasta, kedua-dua pihak dapat menggunakan para wartawan dan intelektual yang sangat bersemangat dan memberikan komen-komen yang menyumbang kepada peningkatan konflik.

Pihak-pihak dalam ‘drama’ Sepanyol ini kini sedang menghadapi apa yang disebut saintis politik sebagai dilema sosial: kedua-dua pihak memperoleh keuntungan dari tingkah laku yang mementingkan diri sendiri, tetapi jika pihak yang lain turut bertindak mementingkan diri sendiri, kedua-dua pihak akan kalah.

Penyelesaian kedua terbaik adalah lebih berguna buat kedua-dua pihak kesatuan dan pemisah. Contohnya, para pemisah boleh membuat pengisytiharan unilateral kemerdekaan sebagai pertukaran untuk perbincangan mengenai pembaharuan perlembagaan yang akan memindahkan Sepanyol ke arah persekutuan.

Pindaan perlembagaan yang membenarkan perubahan simbolik seperti perisytiharan rasmi Catalonia sebagai “negara,” atau inisiatif substantif seperti pakatan fiskal, akan memuaskan hati kebanyakan rakyat Catalan di samping mengekalkan keutuhan wilayah Sepanyol.

Masalah timbul apabila kedua-dua pihak percaya bahawa kesediaan untuk berkompromi akan melemahkan situasi tawar-menawar mereka pada masa hadapan.

Bagaimanapun, penyelidikan dalam sains politik menunjukkan bahawa perkara sebaliknya mungkin benar.

Menurut pandangan pemenang Nobel, Elinor Ostrom, dilema sosial boleh diselesaikan menggunakan strategi songsang: memberi bukannya menuntut.

Jika satu pihak mempamerkan tingkah laku koperatif, pesaingnya akan merasa perlu untuk melakukan perkara sama, membawa kepada ikatan kerjasama bukannya tindakan balas, dan kepercayaan bukannya kecurigaan.

Inilah yang diperlukan sekarang di Catalonia. Kedua-dua kerajaan Sepanyol dan pihak pemisah Catalan perlu mengakui bahawa jika mereka bertindak secara baik, pihak satu lagi berkemungkinan akan memberi respon dengan konsesi selanjutnya.

Melihatkan perpecahan mental yang berlaku antara elit Madrid dan Barcelona sekarang, ianya bukan sesuatu yang mudah.

Namun, mereka perlu mempertimbangkan kenyataan bahawa perbuatan mereka membahayakan kebajikan jutaan orang Sepanyol, selepas empat dekad memiliki demokrasi.

Di Sepanyol yang indah, semoga sentiasa ada cahaya di hujung jalan.

Diterjemah dari tulisan asal bertajuk A Spanish Disquisition ditulis oleh Victor Lapuente Giné yang diterbitkan menerusi Project Syndicate bertarikh 10 Oct 2017.

« Perpustakaan Terbesar Buku-Buku ‘Rare’ Ini Dibina Dengan Tiada Tingkap!
Bagaimana Membaca Buku Boleh Memanjangkan Hayat Anda? »