Anwar Ridhwan

Anwar Ridhwan atau nama sebenarnya Anuar bin Hj. Rethwan dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar (1956-1962). Seterusnya, Anwar melanjutkan persekolahan menengahnya di Sekolah Ungku Aziz, Sabuk Bernam (1963-1967) sebelum memasuki tingkatan enam di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1968- 1969). Selanjutnya Anwar melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya (1970-1973) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera. Setelah tamat pengajian, Anwar Ridhwan terus diterima bertugas sebagai pegawai sementara di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pada tahun 1980. Anwar melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Sastera pada tabun 1983 dan pada tahun 1998, Anwar mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya.

Anwar Ridhwan hanya mula menyandang jawatan tetap sebagai Pegawai Penyelidik, Dewan Bahasa dan Pustaka yang kemudiannya dikenali sebagai Pegawai Perancang Bahasa, pada 1 Mei 1973. Sebagai pegawai yang sudah lama berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, Anwar telah menyandang beberapa jawatan penting dalam organisasi tersebut. Beliau menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Anwar Ridhwan juga pernah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, dan Timbalan Ketua Pengarah II (Sastera). Semasa penstrukturan semua Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995, Anwar mengetuai Bahagian Kesusasteraan Moden. Sekembalinya Anwar dari Jepun pada tahun 2000, sekali lagi beliau dilantik sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Penerbitan.

Dalam dunia penulisan tanah air, Anwar Ridhwan juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dari tahun 1974-1976, Ketua Satu Persatuan Penulis Nasional (PENA) dari tahun 1987- 1988, dan Setiausaha Panel Anugerah Sastera Negara (1987-1996).

Cerpen beliau “Perjalanan Terakhir” yang disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat, September, 1971 telah memenangi Hadiah Karya Sastera 1971. Ketika itu Anwar masih menuntut di Universiti Malaya, dan baharu berusia 22 tahun. Int menjadikan Anwar pemenang paling muda ketika itu. Dua buah lagi cerpen ecerannya yang telah memenangi Hadiah Karya Sastera, Ialah “Dunia Adalah Sebuah Apartment” (1973), dan “Sesudah Perang” (1976). “Sasaran”, “Sahabat”, dan “Menjadi Tua” memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1982/83). Cerpen-cerpen yang memenang) hadiah ini terdapat) dalam kumpulan cerpennya, Parasit (DBP, 1976), Sesudah Perang (DBP, 1978), dan Sangkar (DBP, 1986). Kumpulan cerpen Sesudah Perang ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul After the War and Other Stories (DBP, 1991).

Pada tahun 1992, cerpennya yang bertajuk “Dari Kiev ke Moskova” (Dewan Sastera, April 1992) memenangi hadiah pertama Peraduan Cerpen DBP-Maybank. Naratif Ogonshoto (2001) memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Kumpulan cerpen ini jugalah yang telah melayakkan Anwar dipilih sebagai penerima S.E.A. Write Award bagi tahun 2002 dan Hadiah Sastera MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara), sebuah majlis yang penubuhannya dipersetujui dalam Kongres Bahasa Sedunia yang diadakan pada 25 Ogos 1995 bertujuan untuk merancang dan memantau perkembangan kesusasteraan nasional.

Dalam penulisan novel pula, Anwar Ridhwan telah menghasilkan tiga buah novel. Novelnya yang pertama, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman memenangi hadiah pertama Sayembara Mengarang Novel anjuran GAPENA-Yayasan Sabah pada tahun 1979. Diterbitkan pada tahun 1979, novel ini telah mendapat perhatian pengkaji sastera baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Avelling dengan judul The Last Day of an Artist, bahasa Urdu dan diterbitkan sempena lawatan Presiden Bangladesh ke Malaysia, dan bahasa Jepun dan bahasa Perancis. Novel ini turut diadaptasi ke dalam bentuk skrip drama pentas oleh Johan Jaffar yang juga bertindak selaku sutradara, dan telah dipentaskan sebanyak 14 kali.

Dalam bidang drama pula beliau telah menghasilkan tiga buah skrip drama pentas iaitu Orang-orang Kecil (1990), Yang Menjelma dan Menghilang (1992), dan skrip drama “Pulang” yang belum dicetak. Yang Menjelma dan Menghilang telah memenangi hadiah ulama Peraduan Menulis Drama Pentas anjuran Yayasan Seni-Berita Harian 1990. Dua buah drama pertama beliau itu merupakan satira politik.

No products were found matching your selection.