Aripin Said

Aripin Said dilahirkan di Kampung Batu Bor, Temerloh, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bohor, Sekolah Kebangsaan Kuala Bera dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh. Pada tahun 1967-1969, memasuki Maktab Perguruan Kuantan. Kemudiannya mengajar di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Terengganu dan Pahang. Pada sesi pengajian 1976/1977, melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dengan mengambil jurusan penulisan kreatif dan mendapat kepujian dalam bidang Teater Pendidikan. Pada tahun 1983-1986, menyambung pengajian di Universiti Pertanian Malaysia, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Disiplin Bahasa, Sastera dan Pendidikan, B. Ed. (PBMP). Kemudian meneruskan pengajian kesarjanaan di universiti yang sama.

Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan penyanyi lagu-lagu rakyat. Banyak membuat persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat dalam pelbagai acara di dalam negeri dan di luar negara antaranya termasuklah beberapa negara di Eropah; di negara ASEAN dan Sri Lanka. Turut menghasilkan cerita-cerita rakyat, novel, cerpen, puisi, drama pentas dan drama radio. Pernah menjadi kolumnis untuk beberapa majalah dan akhbar yang terkemuka di tanah air di samping membuat penyelidikan tentang warisan budaya tradisi Melayu di dalam dan luar negeri. Pada 2014, beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormatan Kesarjanaan dalam bidang budaya oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).