Arndt Graf

Arndt Graf memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Bahasa dan Budaya Austronesia dari University of Hamburg. University of Hamburg juga telah menganugerahkan gelaran Doktor Falsafah Habilitation kepada beliau pada tahun 2004, berdasarkan tesis PhD beliau yang kedua. Ijazah Habilitation yang diterima oleh Arndt Graf merupakan pengiktirafan rasmi untuk beliau mewakili dua bidang akademik iaitu, Bahasa dan Budaya Austronesia serta Pengajian Asia Tenggara selaku seorang profesor. Arndt Graf telah mengajar di University of Hamburg sebagai seorang pensyarah (1992−1998), profesor madya (1999−2005) dan seterusnya profesor adjung (2004−2006). Di samping itu, beliau turut berkhidmat sebagai pensyarah sambilan dalam bidang Politik dan Sejarah Asia Tenggara di University of Gottingen, Jerman; (1995−2005) dan University of Munster, Jerman (2002−2003).

Pada peringkat antarabangsa, Arndt Graf diundang sebagai pensyarah kunjungan di Cornell University (1998−1999). Beliau turut diundang sebagai profesor tamu di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia (2004). Di universiti tersebut, beliau mengajar tentang “Orientalisme dan Oksidentalisme” dalam bahasa Indonesia. Selain itu, beliau turut mengajar dalam bahasa Perancis sebagai profesor tamu di University of La Rochelle, Perancis (2005−2006) dan mengajar dalam bahasa Inggeris sebagai pensyarah kunjungan di University of Copenhagen, Denmark (2006). Di Malaysia, beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2002. Sejak Januari 2007, beliau telah mengajar di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sebagai profesor madya dan seterusnya dilantik sebagai profesor pada Ogos 2009.

Penerbitan yang dihasilkan oleh Arndt Graf sering memfokuskan konteks antara disiplin pada sastera, retorika dan media di Indonesia serta Malaysia. Sehingga kini, beliau telah berjaya menghasilkan pelbagai karya termasuklah monograf, suntingan buku, makalah dalam jurnal ilmiah antarabangsa, sumbangan dalam buku suntingan dan penerbitan-penerbitan lain. Arndt Graf telah dilantik sebagai ahli International Advisory Board, jurnal Indonesia and the Malay World, London; penilai untuk makalah, jurnal Asien: The German Journal of Contemporary Asia serta The Asian Journal of Social Science, Singapura; dan ahli sidang editorial, jurnal Lingua Franca Al-Jami’ah, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang daripada enam orang ahli Advisory Council for Southeast Asia, German Association for Asian Studies. Sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan kecemerlangan beliau selama ini, baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai profesor dan penyandang Kursi Pengajian Asia Tenggara di University of Frankfurt bermula pada Oktober 2009.