Asyaari Muhamad

Asyaari Muhamad berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan pakar dalam bidang Arkeologi Darat dan Arkeologi Maritim. Pernah dilantik sebagai Pakarujuk dalam Jawatankuasa Penilaian Objek, Tapak Warisan Arkeologi dan Maritim oleh Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia dari tahun 2014-2021. Belia banyak melakukan penyelidikan berhubung dengan bidang arkeologi sejak tahun 1996 hingga sekarang.

Beliau turut menghasilkan beberapa buah penulisan buku dan pernah memenangi Anugerah Buku Cemerlang 2019 di peringkat Kebangsaan. Banyak menulis dalam artikel berhubung dengan pakar bidang seperti dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Menghadiri dan membentang kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak 1998 hingga 2020.

No products were found matching your selection.