Baharuddin Kahar

Baharuddin Kahar dilahirkan di Pekan Lama, Tanjung Rambutan, Perak, pada 24 Disember 1946. Anak seorang buruh lombong syarikat Inggeris di Lembah Kinta ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Catur Avenue dan pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Anderson di Ipoh. Pada tahun 1985, mengikuti kursus penerbitan di ILO, Turin, Itali dan Hartlepool, England. Tahun berikutnya menubuhkan Syarikat Penerbitan SS di Ipoh yang cuma bertahan hingga tahun 1988. Kemudiannya, melanjutkan pengajian di Universitas Islam Sumatera Utara, Medan.

Baharuddin mula menulis pada tahun 1971 dalam bidang penulisan cerpen, dan kemudiannya menulis novel, puisi dan skrip drama. Cerpen-cerpen beliau pernah memenangi beberapa hadiah sastera — antaranya “Longnya Laku”, “Bah Urei”, dan “Sempana Ganja Iras” memenangi hadiah cerpen Esso-GAPENA (1981-1986). Cerpen-cerpennya juga pernah memenangi hadiah Sastera Malaysia — “Capa Rengat” (1976-1977), “Sempana Ganja Iras” dan “Keindahan yang Hilang” (1982/1983), dan kumpulan cerpen Terima Kasih, Tuhanku (1984/1985).

Kecemerlangan Baharuddin tidak sekadar dalam penulisan cerpen, malah juga penulisan novel. Novel pertamanya Senjakala (DBP, 1986) terpilih sebagai buku teks sastera peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Atas kegigihan dan bakat yang dimiliki, Baharuddin terpilih sebagai penerima Zamalah Sastera daripada akhbar Berita Harian pada tahun 1986. Sebagai penerima kedua anugerah ini selepas Sasterawan Negara Usman Awang, beliau berupaya menyiapkan novel Menerjang Gelombang (Berita Publishing, 1989). Beliau juga menghasilkan novel remaja yang berjudul Cerita Adam (DBP, 2004).

Pengarang ini pernah menjadi buruh, peniaga, jurujual, pemuzik, pemberita, guru Bahasa Melayu (di Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar, Perak, pada tahun 1974-1984), berniaga ubat-ubatan dan barang-barang makanan.