Harun Aminurrashid

Harun Aminurrashid atau nama sebenarnya Harun Mohd Amin, dilahirkan pada 8 Ogos 1907 di Kampung Telok Kurau, Singapura. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Telok Kurau. Selepas itu, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (1924 – 1926). Beliau menjadi guru di maktab tersebut setelah menamatkan pengajiannya.

Semasa di maktab, Harun mengasah bakat penulisan beliau dengan menyumbang karya untuk majalah dan akhbar. Beliau pernah memimpin penerbitan akhbar dan majalah seperti Hiburan, Kencana, Mutiara, Fashion, Melayu Raya, Filem Raya, Tunas, Belia, Seni, Mingguan Melayu dan Medan Sastera.

Harun juga menulis novel sejarah, cerpen, buku pengetahuan, bahasa serta kebudayaan dan juga karya pengembaraan. Hasil daripada pengalaman dan kenangan pengembaraan, beliau rakamkan dalam Melihat Matahari Tengah Malam, Mengembara ke Andalusia, dan Meninjau ke Negeri Sham. Antara novel sejarah yang terkenal ialah Panglima Awang (1958), Anak Panglima Awang (1962), Tun Mandak (1963), dan Wan Derus (1965).

Sumbangan Harun yang cemerlang dalam menghasilkan novel bercorak sejarah, beliau dianugerahi Certificate of Merit dari Dictionary of International Biography, London pada tahun 1968 dan Sarjana Sastera (Kehormat) dari Universiti Malaya.