Moechtar Awang

Moechtar Awang, nama sebenarnya ialah Mukhtar bin Awang, dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1956. Beliau mendapat pendidikan menengah dari Maktab Sultan Ismail dan Maktab Kadir Adabi hingga lulus Sijil Tinggi Pelajaran. Beliau pernah mengikuti kursus seni kreatif di Universiti Sains Malaysia selama setahun. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif pada tahun 1983 dan lulus Sarjana Muda Sastera dengan kepujian pada tahun 1986. Kini beliau telah bersara dalam perkhidmatan awam setelah berkhidmat selama 30 tahun sebagai guru.

Setelah memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan Anugerah Puisi Putra 1 (1980) dengan kumpulan puisinya yang berjudul Pasrah, Moechtar Awang sekali lagi telah meraih kejayaan dalam peraduan Anugerah Puisi Putra II (1983) dengan antologi puisinya berjudul Qaf. Selain itu beliau juga telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Karya Sastera 1982/83. Selain puisi, Moechtar Awang juga menulis cerpen, esei dan kritikan sastera dalam akhbar dan majalah arus perdana.