Mohamad Azhan Yahya

Mohamad Azhan Yahya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ijazah Sarjana Undang-undang dan PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat sebagai pensyarah di UKM dan berkepakaran dalam bidang undang-undang jenayah syariah dan undang-undang keterangan Islam.