Mohd. Said Sulaiman

Dato’ Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman (Md. Said Haji Suleiman) adalah tokoh yang cemerlang dalam bidangnya baik selaku pentadbir mahu pun sebagai penulis. Beliau dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura dalam tahun 1876. Ibunya Hajah Selamah bte Andak. Mendapat pendidik seawal umur lima tahun di Sekolah Melayu Teluk Belanga. Mula belajar bahasa Inggeris sewaktu dalam Darjah 3 Sekolah Melayu, iaitu pada waktu petang di cawangan Sekolah Inggeris di Kampung Baru. Kemudian diteruskan secara formal di Sekolah Anglo-Chinese di Singapura. Dua tahun kemudian beliau terpaksa menamatkan persekolahan pada tahap darjah tujuh oleh sebab-sebab kewangan. Ketika itu beliau berumur 16 tahun.

Dato’ Haji Mohd. Said mula bekerja sebagai kerani di British and Foreign Bible Society di Singapura, tiga bulan setelah tamat sekolah. Tugasnya ialah menulis rencana dan menyimpan buku-buku yang dicetak dalam bahasa Inggeris. Mungkin pengalaman bekerja di situ telah memupuk minat dalam dunia penulisan. Beliau bekerja di syarikat itu selama empat tahun (1894-98). Selepas itu Dato’ Haji Said telah bekerja dengan kerajaan Johor. Mulanya sebagai juruwang di Pejabat Perbendaharaan, bertempat di Istana Besar. Beliau memang berminat dengan tugasnya di samping hal-hal yang berkaitan dengan persuratan. Tidak hairanlah akhirnya beliau dapat menghasilkan pelbagai jenis buku semasa hayatnya.

Setelah berkhidmat hampir empat tahun di Pejabat Perbendaharaan, beliau ditukarkan ke Pejabat Pos (1902) sebagai Penolong Ketua Pejabat Pos Besar sehingga tahun 1910. Selepas itu beliau dilantik oleh D.Y.M.M. Sultan Ibrahim sebagai setiausaha sulit baginda. Jawatan itu telah disandang selama 40 tahun. Dato’ Haji Mohd. Said bersara pada 18 Mei 1952, tetapi kerana perkhidmatannya masih diperlukan. Beliau telah menyambung kerja hingga ke akhir hayat iaitu pada 1955 waktu berusia 79 tahun.

Penglibatan Dato’ Haji Said dalam penulisan semasa bertugas di Pejabat Besar Pos dengan terbitnya buku Hikayat Queen Victoria dan Hikayat Johor dan Hikayat Almarhum Sultan Abu Bakar. Bakat itu semakin jelas apabila beliau menubuhkan balik Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B. Diraja, atau Pakatan) pada tahun 1934. Pakatan dihidupkan semula setelah menghadapi beberapa masalah. Jawatan beliau dalam Pakatan ialah Naib Yang Dipertua dan Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua sehingga meletus Perang Dunia Kedua. Kejayaan Pakatan adalah hasil usaha Dato’ Haji Mohd. Said yang mengadakan pelbagai kegiatan bahasa dan sastera sehingga terhasil banyak buku bahasa diterbitkan.

Sumbangan Dato’ Haji Mohd. Said dalam persuratan Melayu memang besar khususnya bagi daerah Johor-Riau. Beliau hidup sezaman dengan tokoh terkenal seperti Za’ba, Syed Sheikh Al-Hadi, Ahmad Rashid Talu dan Abd. Rahim Kajai. Karya-karya meliputi bahasa, sastera, sejarah, agama dan budaya seperti buku Pakai Patut Melayu. Jasa Dato’ Haji Mohd. Said bukan saja kerana sumbangannya dalam Pakatan yang diusahakan beliau tetapi kegigihan beliau berterusan menulis hingga menghasilkan begitu banyak buku dalam pelbagai tema. Sifat terpujinya ialah gigih melakukan apa juga tugas, baik selaku pemimpin persatuan mahupun pentadbir. Jasa-jasa beliau tetapi dikenang dan disanjung oleh kerajaan Johor. Beliau telah dianugerahi bintang kebesaran, antaranya Seri Mahkota Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor serta Kerabat Diraja (DK), penghormatan tertinggi daripada D.Y.M.M. Sultan Ibrahim. Di samping itu beliau juga menyandang pangkat Majer kerana penglibatannya dalam Johor Military Force.