Muhammad Syukri Rosli

Muhammad Syukri Rosli adalah Pengerusi Akademi Jawi Malaysia (yang dulunya digerakkan dengan nama Klasika Media). Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Petroleum Geoscicnce dari University of Adelaide, Australia (2009) di bawah tajaan Petronas sebelum bertukar bidang di peringkat Sarjana Falsafah di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), UTM KL (2016). Kemudiannya, beliau menjadi graduan ambilan pertama (2011) Wacana Pandangan Alam Islam (WISE) anjuran Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM).

Beliau telah mengasas dan mengarah Akademi Jawi Malaysia bermula Mei 2011 hingga kini. Berpengalaman menjadi pengarah projek Perumian dan Pengarkiban Digital 228 Edisi Majalah Qalam dengan kerjasama Center for Integrated Area Studies (CIAS), Kyoto University, Jepun (2011-2015) dan Projek Perumian dan Pengarkiban 40 Manuskrip Jawi Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Dana Industri Kreatif (2013/2015). Kini menjadi tenaga pengajar utama bagi Pengajian Bahasa Jawi, Akademi Jawi Malaysia.

  • Tradisi Ke'ilmuan Bahasa Jawi
    Out of stock

    Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi

    , , RM65.00
  • (ڤچونتوه: ڤنڠݢامن ڤربهسأن جاوي) Pecontoh: Penanggaman Perbahasaan Jawi
    Out of stock

    ڤچونتوه: ڤنڠݢامن ڤربهسأن جاوي / Pecontoh: Penanggaman Perbahasaan Jawi

    , RM25.00
  • Lidah Melayu: Kitab 'Ilmu Bahasa Jawi
    Out of stock

    Lidah Melayu: Kitab ‘Ilmu Bahasa Jawi

    , , RM65.00
  • Kitāb Naḥū Jāwī: Petuturan Melayu

    Kitāb Naḥū Jāwī: Petuturan Melayu

    , , RM55.00