Nordin Hussin

Nordin Hussin merupakan Profesor dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi di Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Amsterdam dan mengkhusus dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi. Sebahagian besar hasil karyanya telah diterbitkan dalam bentuk buku dan makalah dalam jurnal pada peringkat antarabangsa dan juga dalam negara.

Karya beliau, Trade and Society in the Straits of Melaka yang diterbitkan oleh Nordic Institute of Asian Studies (NIAS) telah memenangi International Convention of Asian Scholars (ICAS) International Book Prize Award, Leiden University pada tahun 2007 dan juga Anugerah Akademik Negara dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008. Antara karya belia yang lain termasuklah Sejarah Riau Lingga dan Daerah Takluknya dan Perkahwinan dan Perceraian di Terengganu 1950-1970.