Rahimidin Zahari

Rahimidin Zahari lahir pada 28 Mac 1968 di Becah Keranji, Peringat, Kelantan. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Halus daripada Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pengurusan Seni daripada Universiti Malaya. Antara jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengurus Panggung Istana Budaya dan Editor Majalah Pentas. Menulis dalam pelbagai genre termasuklah puisi, cerpen, novel, esei, dan skrip drama pentas. Beliau telah menerbitkan 15 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah kumpulan karya bersama penulis lain.

Antara kumpulan puisi beliau termasuklah Lakaran Kampung (1987), Sekepal Tanah (1995), Matahari Berdoa (1998), Di Kebun Khatulistiwa (2005), Zamok Iz Pezka (2007, terjemahan Rusia), Perjalanan Salik (2009), Aksara (2009), Perahu Fansuri (2011), Rawana (2011), Bayang Beringin (2013), Laut Tujuh Gelombang Buih (2014), Sehelai Daun Kenangan (2015), Kulukiskan Engkau Biru dan Engkau Bertanya Kenapa Tidak Merah Jambu Seperti Warna Kesukaanku? (2016). Selain daripada itu, buku lain beliau termasuk Cempaka Putih (1994, cerpen), Wira Sekolah (1994, novel kanak-kanak), Pewaris (1995, novel), dan Wayang Kulit Shadow Play: The Folk Epic of the Malay Archipelago (2013).

Juga pernah menjadi penggiat wayang kulit yang mempersembahkan seni tradisi masyarakat Kelantan itu ke luar negara termasuk di Frankfurt, Jerman dan Amerika Syarikat. Antara skrip dramanya yang pernah dipentaskan seperti Muzikal Puteri Hang Li Po, Suzana @60, Teater Tari Pentas, Muzikal Putra, Mahsuri, Rebab Berbisik, Dalang dan Bidan Ketujuh.

Antara anugerah yang pernah diterima termasuklah Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen ESSO-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan SHAPADU-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA, Anugerah Sastera Islam Darul Iman (III), Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Kumpulan Utusan, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Anugerah Penghargaan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2013, dan banyak lagi.

Rahimidin Zahari telah mewakili negara ke Second Asean Writers Conference (1995), Festival Istiqlal (1995), International World Theatre Congress anjuran UNESCO (2005), Program Penataran MASTERA (2006), Korea-Asean Poets Literature Festival (2010), The Makyung Spiritual Dance Heritage: Seminar and Performances, di Bangkok, Thailand (2011), Ist Asian Theatre Professionals Congress, Chongqing, China (2011) dan ASEANKOREA Culture and Arts Forum (2012).

Pada 14 Mei 2015, beliau meninggal dunia pada usia 47 tahun di Hospital Sungai Buloh.