S. Othman Kelantan

S. Othman Kelantan atau nama sebenarnya Syed Othman Syed Omar dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1983 dan Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1995. Dr. Syed Othman mula menulis pada tahun 1954. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990), Nagogho Astana (1997) dan Orang Kota Bharu (2003). Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Sinhalis, Thai, Vietnam dan Cina.

Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979), tutor di Universiti Sains Malaysia (1980-1983), pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (19831996) dengan jawatan akhirnya sebagai profesor madya, dan karyawan/pensyarah tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai sarjana sastera, beliau banyak menghasilkan buku ilmiah tentang kesusasteraan. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau yang berterusan dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahi S.E.A. Write Award daripada Kerajaan Thailand pada tahun 1990 dan Anugerah Sastera Negara kesembilan daripada Kerajaan Malaysia pada tahun 2003.

No products were found matching your selection.