Salasiah Hanin Hamjah

Salasiah Hanin Hamjah adalah Profesor Madya di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah dakwah dan kaunseling Islam. Beliau merupakan Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan dan Masyarakat Madani, Pusat IDEA UKM; Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan (K.B.P.A) daripada Lembaga Kaunselor Malaysia; dan Naib Presiden Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI). Beliau banyak menjalankan penyelidikan, menerbitkan buku dan karya ilmiah berkaitan kaunseling, dakwah, perubahan sosiobudaya, kekeluargaan dan isu-isu sosial dalam masyarakat.