Tengku Alias Taib

Tengku Alias Taib (1943-2004)—yang lebih terkenal dengan nama penanya T. Alias Taib, adalah anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang dan keropok. Mengangkat pena sejak 1960 hingga ke akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, pantun, renungan dan terjemahan. Tujuh kumpulan puisi yang diterbitkan semasa hidupnya, termasuk judul ini ialah Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996) dan Pasar Pengalaman (2004).

Selama 44 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar dan yakin. Beliau mencari makna hidup di luar dan di dalam dirinya, serta melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya di dalam dan di luar tanah air. Pada 1986, T. Alias menghadiri Persidangan Penyair Asia di Seoul, Korea Selatan; pada 1989 beliau mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta, Indonesia; pada tahun 1994 dan 1995, beliau mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London, Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik penulis tamu di Taipei, Taiwan dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Festival Puisi Antarabangsa Taipei 2001.

Seterusnya tahun 2004, beliau berpeluang lagi menjadi penulis tamu dalam The International Writing Program (IWP) di Universiti Iowa, Amerika Syarikat tetapi akur menemui pencipta-Nya, hanya beberapa hari sebelum keberangkatannya ke sana. Beliau meninggal dunia pada 17 Ogos 2004 di kediamannya dan meninggalkan kita secebis warisannya untuk dihayati.