Zalina Zakaria
Zalina Zakaria ialah Pengarah Pusat Kajian Halal Universiti Malaya (UMHRC) dan Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang, Sarjana Undang-Undang Perbandingan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan PhD daripada Universiti Manchester. Beliau berkepakaran dalam bidang undang-undang pengguna dan polisi halal.