Zurinah Hassan

Zurinah Hassan merupakan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran Sasterawan Negara. Selain itu, beliau menerima SEA Write Award pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi – Negara ASEAN) pada 2013. Zurinah Hassan dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal Na di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma Alor Setar, sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Zurinah memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera daripada Universiti Putra Malaysia, dan PhD daripada Universiti Malaya pada tahun 2008. Zurinah menulis dalam pelbagai genre, iaitu kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Beliau banyak memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Hadiah Cerpen Islam Jabatan Perdana Menteri, dalam bidang puisi dan cerpen.