Cart 0

Kenali Kami Di sebalik kawahbuku.com

Mula diasaskan pada 16 September 2016 oleh Azan Safar, Kawahbuku sebuah kedai buku online menjurus kepada penjualan buku-buku yang sukar untuk didapati dalam pasaran. Bersesuaian dengan tema ‘ Rare Books For Real Readers’, Kawahbuku menemu pembaca dengan buku-buku langka yang meliputi genre politik, falsafah dan sejarah.

Namun kami juga turut menjual buku-buku baru meliputi genre yang sama dan yang penting buku tersebut adalah bahan bacaan yang serius, penting serta berkualiti walaupun ia tidak hadir melalui penerbit-penerbit gergasi yang mungkin kita biasa dengar.

Walaupun usia Kawahbuku masih baru, kami telah pun menyertai buat pertama kalinya Pesta Buku Selangor 2017 dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Sehingga hari ini juga kami hanya beroperasi dari sebuah bilik kecil di Bangi di alamat :

 

No 5, Baitul Rahmah,

Jalan Rahmat, Teras Jernang,

43000 Kajang, Selangor.

 

Kawahbuku juga ialah sebuah syarikat yang mendokong hasrat pemeliharaan buku-buku nadir dan langka, maka kami telah menjadi sebahagian dari komuniti Buku Warisan Malaysia, sebuah pertubuhan yang menghimpun para kolektor buku dari seluruh negara dengan tujuan untuk mengangkat nilai khazanah buku-buku lama yang berkualiti dan yang wajar dipelihara.

Kawahbuku juga ialah ahli komuniti yang mendokong usaha Buku Warisan Malaysia dalam membangunkan Pasar Buku Bangi iaitu pasar buku pertama di Malaysia yang menjadi ruang untuk peminat buku berhimpun dan berpeluang untuk memiliki buku-buku langka dengan harga pasar.

Mudahan langkah-langkah seterusnya ini membawa kami terus ke hadapan dengan sokongan dan dokongan peminat buku di seluruh negara.

Teruskan menyokong dan mendoakan kami. Terima kasih.

Founder Kawahbuku Muhamad Azan Safar

azansafar

Rakan Strategik Kenali Kami

Tidak Selain Buku Logo
kawahbuku
Buku Warisan Malaysia Logo

No shipping shall be fulfilled to all purchases made start from 22 August until 27 August 2018. Happy ʿīd al-ʾaḍḥā to all of you! Dismiss