Ep18 – Sebelum Melaka: Champa dalam Teks Klasik Melayu | Menjadi Malaysia 26 February 2021

Dari Chenla yang dibincangkan secara ringkas, siri #MenjadiMalaysia bergerak ke Champa. Kerajaan purba ini menawarkan ruang wacana dan perbahasan yang lebih besar dan Mad Koy memilih pada episod kali ini untuk membentangkan rakaman tentang Champa yang terdapat dalam teks-teks klasik Melayu seperti Hikayat Aceh, Hikayat Banjar, Hikayat Hassanudin, Syair Sultan Nur Peri, dan Sulalat u’s-Salatin. Menerusi karya Sulalat u’s-Salatin, terdapat 30 istilah Champa tercatat di dalamnya. Dalam perbincangan kali ini, Mad Koy membawakan tiga versi teks Sulalat u’s-Salatin yang diselenggara oleh tiga penyelenggara berbeza iaitu A. Samad Ahmad, Muhammad Haji Salleh, dan W. G. Shellabear.