Dari Sultan Hingga Ataturk : Turki , ,

Karya Asal : From The Sultan to Ataturk : Turkey – Andrew Mango
Penterjemah : Alina Abdullah

Awal Nahdah Resources (Cetakan Pertama 2017)
226 mukasurat

ISBN  978-967-14418-5-5

Buku ini menceritakan tentang pembentukan sebuah negara Turki moden yang penuh berliku menerusi rundingan-rundingan dalam beberapa Perjanjian Damai di Paris. Dr. Andrew Mango bukan hanya menganalisa perjalanan dan keputusan-keputusan yang dibuat dalam rundingan tersebut, malahan dia juga membentangkan secara terperinci latar tokoh-tokoh yang terlibat, helah dan muslihat politik mereka, keadaan dan peristiwa yang membawa kepada rundingan, ikhtiar diplomatik dan menerangkan tentang kepentingan politik dan ekonomi negara-negara seperti Great Britain, Perancis, Greece dan juga Amerika Syarikat serta Itali.

Bagaimanapun, tahun-tahun berikut akhir Empayar Uthmaniyah dan tahun-tahun awal negara Turki moden tetap menjadi tumpuan utama penceritaan. Mango menceritakan tentang semua dasar yang dibuat oleh Mustafa Kemal – tokoh utama dalam buku ini yang merupakan seorang negarawean dan pemimpin tentera yang bijak, pandai bermain helah politik, berhati-hati dan penyabar – sekutu-sekutunya dan beberapa pemimpin sebelumnya, dan meneliti faktor-faktor yang mendorong mereka mengambil semua keputusan tersebut. Kesimpulan terpenting yang dapat diambil daripada buku ini ialah kelahiran negara Turki moden yang merdeka di atas keruntuhan Empayar Uthmaniyah bukanlah suatu kebetulan tetapi hasil daripada rancangan teliti bapa pengasasnya sendiri, Mustafa Kemal Ataturk.

RM29.00

Product ID: 930 Categories: , ,
Weight 0.275 kg
Dimensions 14 x 1.3 x 20 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Dari Sultan Hingga Ataturk : Turki”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.