Out of stock

Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

ZA’BA (1895-1973) adalah penulis dan ahli fikiran serta ahli Bahasa Melayu yang paling terkenal pada hari ini di seluruh Malaya hingga ke Indonesia.

Ditransliterasi dan diperkenalkan oleh ASMAH HAJI OMAR

DBP (Cetakan Pertama, 2009)
162 halaman

RM60.00

Out of stock

Product ID: 491 Subject: Sub-subjects: ,

Rahsia Ejaan Jawi merupakan sebuah karya penting Za’ba yang menjadi contoh usaha unggul beliau dalam memastikan ejaan Jawi tidak lupus di Semenanjung Tanah Melayu. Menerusi karya ini, Za’ba mengajar orang-orang Melayu menulis dan mengeja bahasa mereka melalui sistem tulisan yang menjadi lambang budaya mereka turun-temurun. Dalam tahun 1920-an, ejaan jawi sudah hampir lupus di Indonesia bahkan kitab agama dan Qur’an pun ditulis dalam ejaan Rumi. Buku ini sungguh istimewa. Dalam buku ini tergambar daya kreatif Za’ba wujudkan konsep-konsep baru dalam kaedah tulisan (grafologi) dan kaedah ejaan (ortografi). Konsep-konsepnya dalam grafologi sungguh menarik dengan istilah-istilah ciptaannya sendiri yang mudah difahami oleh orang dan ada kalanya terdapat humor disebaliknya. Dalam mengajar bagaimana mengeja perkataan dalam tulisan Jawi, beliau menggabungkan prinsip-prinsip fonetik, morfologi dan grafologi.

Beliau mempertahankan prinsip bahawa tulisan jawi merupakan tulisan silabari (syllabary), bukan seperti sistem tulisan Rumi yang sekarang kita kenal sebagai sistem grafemik. Oleh kerana itu, sebarang penyesuaian sistem ejaan jawi dengan cara mengeja ala tulisan Rumi menyimpang dari tradisi silabari yang mengasaskan tulisan jawi. Sistem Ejaan Jawi yang dianjurkannya dalam suku pertama abad ke-19 iaitu sudah cukup baik dan mantap digunakan berdekad-dekad lamanya sehingga muncul ejaan yang diperbaharui pada akhir abad ke-20 dan diasaskan pada tulisan Rumi. Apa yang berlaku itu bertentangan dengan prinsip Za’ba mengenai ejaan. Katanya apa yang sudah mantap dan diterima masyarakat tidak perlulah diubah-ubah lagi hanya berdasarkan “hukum atau undang-undang yang direka oleh satu orang”. Kata-kata Za’ba itu hendaklah menjadi panduan kita dalam usaha kita membina bahasa Melayu.

Kata Pengantar
Catatan Editor
Pengenalan oleh Asmah Haji Omar
Pendahuluan

BAHAGIAN YANG PERTAMA: HURAIAN-HURAIAN YANG AM
1. Tulisan, Bunyi, Asal Bunyi
2. Kejadian Tulisan: Huruf
3. Huruf Arab dan Tulisannya
4. Baris dan Huruf Saksi
5. Asal Bunyi dan Hurufnya
6. Huruf-Huruf Jawi
7. Bahagian-Bahagian Huruf Jawi
8. Rupa dan Rangkaian Huruf Jawi
9. Menggunakan Setengah Huruf-Huruf Jawi
10. Bangunan Huruf dan Titiknya
11. “Suara” Huruf dan “Tala”
12. “Tala” dalam Bahasa Melayu
13. Bunyi: Kejadiannya dan Jenis-Jenisnya
14. Bunyi-Bunyi dalam Bahasa Melayu
15. Bunyi Keras, Bunyi Panjang dan Tinggi Rendah Suara
16. Tulisan Jawi: Kaedah Asalnya Berbaris
17. Baris Berganti Huruf Saksi
18. Kuasa-Kuasa و ي ا
19. Baris-Baris dan Tanda-Tanda
20. Perkataan-Perkataan Melayu: Sifat Kejadiannya dan Anggota-Anggotanya
21. Bunyi Dua Sebagai atau Berbandung
22. Bunyi Berkait
23. Terhukum dan Tiada Terhukum

BAHAGIAN YANG KEDUA: KAEDAH-KAEDAH EJAAN JAWI
24. Bagaimana Rahsia Mengeja
25. Ejaan Bunyi Atas Tunggal
26. Ejaan Bunyi Bawah Tunggal
27. Ejaan Bunyi Hadapan Tunggal
28. Perkataan Dua Bunyi
29. Hukum-Hukum Ejaan Perkataan Dua Bunyi
30. Ejaan Bunyi Berbandung — Atas
31. Ejaan Bunyi Berbandung — Bawah
32. Ejaan Bunyi Berbandung — Hadapan
33. Ejaan Bunyi Berkait — Rapat
34. Ejaan Bunyi Berkait — Renggang
35. Ejaan Bunyi Berkait — Campur
36. Huruf Saksi Berhimpun dengan Huruf Salah
37. Kecualian daripada Undang-Undang

Weight0.480 kg
Dimensions24.7 × 17.2 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.