Sejarah Ringkas Masa: Dari Letupan Besar ke Lohong Hitam , ,

Oleh : Stephen Hawking
Penterjemah : Abd. Khalik Hj. Sulaiman

DBP (Cetakan Pertama 2001)
254 Muka Surat

RM25.00

Buku Sejarah Ringkas Masa dari Letupan Besar ke Lohong Hitam ialah terjemahan yang sah oleh Abd. Khalik Hj. Sulaiman daripada buku A Brief History of Time From the Big Bang to the Black Holes oleh Stephen Hawking yang diterbitkan oleh Bantam Books.

Saya mengambil keputusan untuk mencuba dan menulis sebuah buku popular tentang ruang dan masa selepas saya menyampaikan kuliah-kuliah Loeb di Harvard pada tahun 1982. Pada masa itu, telah ada sejumlah buku tentang alam semesta yang awal dan lohong hitam, daripada yang amat baik seperti buku yang ditulis oleh Steven Weinberg, The First Three Minutes, hinggalah kepada yang amat teruk, yang tidak akan saya nyatakan. Walau bagaimanapun saya merasakan bahawa tidak satu pun daripada buku-buku ini benar-benar mengutarakan persoalan-persoalan yang menggerakkan saya untuk membuat kajian dalam kosmologi dan teori kuantum: dari manakah alam semesta berasal? Bagaimanakah dan kenapakah ia bermula? Adakah alam semesta akan berakhir, dan jika demikian, bagaimana?

Soalan-soalan ini menarik perhatian kita semua. Tetapi, sains moden amat teknikal sehinggakan hanya sebilangan kecil pakar sahaja yang mampu menguasai penggunaan matematik untuk menerangkannya. Lantaran itu, idea-idea asas tentang asal usul dan kesudahan alam semesta boleh dinyatakan dalam bentuk tanpa matematik yang boleh difahami oleh mereka yang tidak mempunyai pendidikan sainstifik. Inilah yang saya cuba lakukan dalam buku ini. Pembaca boleh mengadili sama ada saya berjaya melakukannya atau tidak.

‘Adakah permulaan masa? Bolehkan masa berputar? Adakah alam semesta infiniti atau adakah ia mempunyai sempadan?

Ini hanyalah beberapa soalan yang diutarakan dalam sebuah maha karya yang mendapat sanjungan antarabangsa yang bermula dengan ulasan terhadap teori-teori besar tentang kosmos dari Newton ke Einstein, sebelum menerobos ke dalam rahsia-rahsia yang masih tersimpul di persada ruang masa.’

Weight 0.215 kg
Dimensions 11.5 x 1.5 x 18.4 cm

2 reviews for Sejarah Ringkas Masa: Dari Letupan Besar ke Lohong Hitam

  1. Kawah Buku

    “Ahli fizik teori kita yang unggul”—Independent

  2. Kawah Buku

    “Satu-satunya buku astrofizik yang paling baik untuk pembaca awam.”—Booklist

Add a review

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.