Tawaran harga istimewa dengan potongan 20% sehingga 15 Feb.
Orang Kurang Upaya (OKU) sering terabai dalam ‘masyarakat cantik’. Ada ketikanya, mereka dianggap sebagai sumber inspirasi dan ada ketika sebagai pemanjat doa, hanya kerana mereka melalui kesusahan untuk hidup dalam kekurangupayaan. Inilah dilema masyarakat cantik. Mereka telah mengabaikan realiti kelemahan sosial yang dialami OKU. Penyisihan sosial OKU merupakan masalah yang sering terabaikan oleh sebuah ‘masyarakat cantik’.
Banyak persoalan yang boleh kita pertanyakan semula.
Sudahkah kita faham benar dilema OKU dalam masyarakat?
Adakah permasalahan OKU sebatas permasalahan fizikal semata-mata?
Orang kampung jijik memandang sifatku. Pondok buruk-ku dibakar hangus. Pabila besok fajar menyingsing, aku pergi jauh. Jauh dari masyarakat cantik!
Penulis membawa pembaca ke sebalik realiti yang selama ini terhijab, daripada kanta pemahaman masyarakat mengenai OKU. Di sana juga kita akan menemukan ‘masyarakat cantik’ yang OKU telah terabai di dalamnya dan sebuah renungan penting untuk kita menginsafinya bersama.
Tawaran harga istimewa dengan potongan 20% sehingga 15 Feb.
Subscribe to receive exclusive access to the most recent news about our title collections, events, and podcast updates.