Out of stock

Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik

Ramlah Adam merupakan bekas profesor di Universiti Malaya. Kemudian dilantik menjadi Rektor Kolej Yayasan Melaka (2006-2009). Kini beliau bertugas sebagai profesor di UniMAP.

DBP (Cetakan kedua, 2009)
471 halaman

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789836243454 Product ID: 1315 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik membincangkan secara menyeluruh tentang ketokohan Ahmad Boestamam, terutama dalam bahagian politik. Walaupun sudah terdapat rencana pendek, catatan daripada mereka yang mengenalinya atau sebagai satu biodata, tetapi ia dilakukan secara terpencil dan tidak menyeluruh; ia tidak meneliti setiap gerakan politik Ahmad Boestamam. Buku Ahmad Boestamam: Satu Biografi Politik dijangka dapat memenuhi segala kekurangan tersebut. Nama Ahmad Boestamam adalah nama yang tidak asing dalam sejarah politik Tanah Melayu dan Malaysia. Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat menonjol dalam pertubuhan politik radikal Melayu pada tahun-tahun l940-an. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API), adalah parti yang menjadi pusat kegiatannya, sehingga beliau ditahan selama 7 tahun. Beliau menjadi begitu menonjol kerana ditahan begitu lama. Kepentingannya sebagai anggota nasionalis Melayu radikal terbeku dengan penahanan itu. Namun, penglibatan Ahmad Boestamam sebenarnya lebih daripada itu. Beliau tidak tenggelam bersama penjara yang menahannya begitu lama. Beliau bangun semula dengan kekuatan semangat yang masih membalut hatinya untuk bergiat dalam parti-parti politik yang ditubuhkannya seperti Parti Rakyat Malaya (PRM), Parti Marhaen dan Parti Keadilan Masyarakat (PEKEMAS), sebagai pusat gerakan politiknya yang baru. Penubuhan parti-parti ini bukan sahaja menunjukkan kegigihannya berpolitik, tetapi juga memperlihatkan penerusan minatnya dan kegiatannya dalam berpolitik. Penerusan ini dapat menyempurnakan satu bulatan peranannya dalam sejarah politik Malaysia. Inilah antara tujuan penulis membuat kajian tentang Ahmad Boestamam.

Ahmad Boestamam merupakan salah seorang tokoh yang banyak menghasilkan karya sastera dan autobiografi tentang kegiatannya dalam politik. Antara kedua-duanya itu, autobiografinya merupakan satu sumber rujukan yang berguna kepada para penyelidik. Tulisan-tulisan itu dapat menggambarkan peranannya, sumbangannya dan perasaannya dalam menerima segala tekanan politik daripada penjajah, kerajaan Perikatan dan masyarakat keseluruhannya. Seperti kebiasaan, sebuah autobiografi, Ahmad Boestamam tidak dapat melarikan diri daripada sikap menonjolkan kepentingan dirinya dalam kegiatan sejarah itu. Beliau menceritakan sesuatu itu dari sebelah pihak sahaja dan pandangan lain cuba diketepikannya. Ini memang tidak menghairankan kerana tujuan beliau menulis autobiografi itu adalah untuk mempertahankan dirinya daripada segala dakwaan atau tuduhan yang dibuat oleh penjajah atau kerajaan, yang melihatnya sebagai pihak yang bersalah. Ahmad Boestamam dianggap bersalah kerana mempertahankan keyakinannya dan pendiriannya dalam politik yang tentunya bertentangan dengan kepentingan dan kehendak penjajah dan kerajaan yang memerintah. Tindakan Ahmad Boestamam menonjolkan kepentingannya adalah sesuatu yang munasabah.

Prakata
Pengenalan

1. Tahun-tahun Awal Kehidupan, 1920-1939
2. Wartawan dan Nasionalis Melayu, 1934-1941
3. Penyokong Jepun, 1942-1945
4. Penglibatan Ahmad Boestamam dalam Penubuhan dan Perkembangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945-1948
5. Kerjasama Ahmad Boestamam dan PKMM dengan Kongres 1946 dan UMNO dalam Menghadapi Malayan Union, Mac-Jun 1945
6. Pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API), 1946-1947
7. Penglibatan Ahmad Boestamam dalam PUTERA-AMCJA, 1947-1948
8. Tujuh Tahun Malam Memanjang, 1948-1955
9. Pemimpin Parti Rakyat, 1955-1957
10. Ahmad Boestamam dan Malayan People’s Socialist Front, 1957-1959
11. Ahli Parlimen, 1959-1963
12. Zaman Damai dan Tenang

Rumusan
Bibliografi
Indeks

Weight0.62 kg
Dimensions21.6 × 14 × 2.5 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

1994

4.8
Based on 5 reviews
5 star
80
80%
4 star
20
20%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-5 of 5 reviews
  1. (0) (0)
  2. (0) (0)
  3. (0) (0)
  4. (0) (0)
  5. (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan

    RM50.00
  • Pahlawan Tegar Merdeka

    Pahlawan Tegar Merdeka

    RM90.00