Aliran Klasik dan Moden dalam Pengajian Tafsir dan Hadis adalah rangkuman topik kajian kritis dalam bidang Tafsir dan Hadis yang telah dihasilkan menerusi kolaborasi intelektual pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. lsu dan perbincangan yang diketengahkan adalah berorientasikan aliran klasik dan moden dalam korpus pengajian tafsir dan hadis. Setiap topik dibahaskan dengan terperinci berserta relevansi rujukan yang komprehensif. Penerbitan julung kali karya dalam bidang ini bukan sahaja memberikan nilai tambah dalam teras keilmuan dan kesarjanaan disiplin ilmu tafsir dan hadis, malah memuatkan isu dan maklumat terkini kepada pembaca. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh semua lapisan masyarakat khasnya dalam kalangan penuntut dan pengkaji dalam bidang al-Quran dan hadis dan amnya dalam kalangan penuntut dan pengkaji dalam bidang pengajian Islam.
Aliran Klasik dan Moden dalam Pengajian Tafsir dan Hadis
Disunting oleh KHADHER AHMAD dan SELAMAT AMIR
Penerbit UM (Cetakan pertama, 2021)
xii + 290 halaman termasuk Indeks
RM68.00
Only 1 left in stock
Prakata
Bahagian I: Aliran Klasik dan Moden dalam Pengajian Tafsir
1 Aliran Klasik dan Aliran Moden dalam Pengajian Tafsir
– Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis Muhammad Yunus
2 Pemikiran Pembaharuan Islam Tokoh Tafsir Indonesia dari Mahmud Yunus hingga M. Quraish Shihab
– Mustaffa Abdullah
3 Aliran Tafsir Adabi Ijtima’i dan Aliran Hermeneutik dalam Pengajian Tafsir Al-Quran
– Selamat Amir
4 Variasi Aliran Tafsir Islah dalam Pengajian Tafsir Moden
– Muhammad Alihanafiah Norasid
5 Tafsir ‘Ilmi dalam Pengajian Tafsir
– Munirah @ Monika Abd Razzak
6 Implikasi Kajian Orientalis Moden dalam Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah: Analisis Terhadap Pemikiran Rasional
– Thabet Ahmad Abdallah Abu-Alhaj
Bahagian II: Aliran Klasik dan Moden dalam Pengajian Hadis
7 Aliran Salafi dan Metode Mereka dalam Fiqh Al-Hadith Kajian Terhadap Metode Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadith Al-Sahihah
– Faisal Ahmad Shah
8 Aliran Tasawuf dan Metode Mereka dalam Kritikan dan Interaksi Hadis
– Khadher Ahmad
9 Aliran Klasik dan Moden dalam Penulisan Hadis 40
– Ishak Suliaman
10 Pendekatan Orientalis Terhadap Hadis di Malaysia
– Abdollatif Ahmadi Ramchahi
Indeks
| Weight | 0.47 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.8 × 15.1 × 1.7 cm |
| Author(s) | Abdollatif Ahmadi Ramchahi, Faisal Ahmad Shah, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, mat Amir, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak, Muhamad Alihanafiah Norasid, Muhammad Mukhlis Muhammad Yunus, Mustaffa Abdullah, Thabet Ahmad Abdallah Abu-Alhaj |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2021 |















Reviews
There are no reviews yet