Out of stock

Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia

AHMAT ADAM adalah Profesor Emeritus dan mantan tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaya.

SIRD (Cetakan kedua, 2016)
216 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Out of stock

ISBN: 9789670960142 Product ID: 4086 Subjects: , , Sub-subjects: , , ,

Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia berusaha sedapat mungkin untuk mengetengahkan persoalan kebenaran sejarah dalam naskhah agung Sulalat us-Salatin khususnya, dan cuba membicarakannya dalam konteks perbandingan antara historiografi dengan mitologi, dua tema yang menyentuh hal yang melibatkan historiografi Malaysia tradisional. Sulalat u’s-Salatin atau Sejarah Melayu, bersama-sama dengan Hikayat Hang Tuah adalah dua buah karya klasik agung orang Melayu yang tidak perlu ditekankan peri pentingnya dalam sejarah kebudayaan bangsa itu. Dihasilkan pada abad ke-16 dan ke-17, karya yang asalnya ditulis berperingkat-peringkat dengan berdasarkan tradisi lisan, masing-masing telah menjadi rujukan utama dalam pengajian sejarah dan kebudayaan bangsa Melayu.

Kendatipun banyak orang menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah karya sejarah yang bona fide, dan ramai pula yang menganggap Hikayat Hang Tuah adalah epik sejarah yang benar-benar meriwayatkan petualangan Laksamana Melaka yang hidup antara abad ke-15 dan ke-16, namun usaha membicarakan dua teks Melayu klasik ini tidak pernah dibuat secara kritis untuk menentukan dengan pasti sejauh mana Sejarah Melayu dapat dianggap sebagai sumber sejarah yang boleh dipercayai, dan sejauh mana pula manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah. Mungkinkah kewujudan Hang Tuah itu hanya berasaskan kepercayaan banyak orang, setelah terpengaruh oleh Hikayat Hang Tuah yang pernah tersebar secara meluas di serata pelosok dunia Melayu semenjak tidak kurang daripada empat abad yang lalu?

Prakata

1. Apakah Sejarah?
2. Memperkenalkan Sejarah Melayu Naskhah Krusenstern
3. Tersilapkah Anda Membaca Sejarah Melayu Selama Ini?
4. Sejarah Melayu sebagai Sumber Tarikh Pembukaan Melaka?
5. Mitos, Makna, dan Keindahan dalam Teks Sejarah Melayu
6. Betulkah Hang Tuah [sic] Wujud?
7. Nota Ringkas tentang Makam Hang Tuah [sic]
8. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.36 kg
Dimensions22.9 × 15.3 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2016

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-2 of 2 reviews
  1. (0) (0)
  2. (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Tawarikh Melayu dan Melaka: Esei-Esei Pilihan

    Tawarikh Melayu dan Melaka: Esei-Esei Pilihan

    RM38.00
  • Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

    Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

    RM32.00
  • Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

    Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

    RM42.00
  • The Malay Keris: Artistry in Iron

    The Malay Keris: Artistry in Iron

    RM75.00