Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan bukan sebuah naskhah biasa yang bercerita mengenai perempuan dan peribadi mereka. Bermula dengan menyorot sejarah penciptaannya sehinggalah membawa kepada penghargaan mereka sebagai pembentuk generasi masyarakat yang bahagia dan mulia, nyata sumbangannya tidak dapat dibalas dengan nilai material. Begitulah Islam memartabat kedudukan wanita dan hal ini telah dirakamkan dengan indah dalam karangan ayat-ayat al-Quran dan hadis. Tulisan-tulisan Hamka ini mulanya diterbitkan dalam majalah Panji Masyarakat sekitar tahun 1990-an. Disebabkan banyak permintaan dari pembaca untuk membukukan tulisan ini maka diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Panji Mas pada tahun 1996 sekaligus menjawab dan membantah pengusung sekular mengenai perkahwinan dalam Islam yang menurut mereka menindas kaum wanita.
Pembahasan yang diutarakan Hamka menerusi karya ini berkisar tentang kehidupan wanita dari sudut pandangan Islam demi menjawab tuduhan-tuduhan daripada kelompok feminisme dan liberalisme yang menyatakan bahawa Islam menindas wanita dengan meletakkan pembatasan tertentu. Hamka menyelitkan pandangan beliau mengenai kebersamaan antara lelaki dan perempuan dalam melayari kehidupan rumah tangga seperti sebuah kapal yang sedang berlayar—bahawasanya lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam kehidupan bersama.















Reviews
There are no reviews yet