Daqā’iq al-Ḥurūf

‘ABD AL-RA’ŪF BIN ‘ALĪ AL-FANṢŪRĪ (1615-1693) merupakan seorang penulis dan ulama yang mengajar di Aceh sekitar 1661.

Pengenalan dan perumian oleh RIDWAN ARIF

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan pertama, 2025)
ix + 162 halaman termasuk Indeks

RM45.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789672422853 Product ID: 49368 Subject: Sub-subjects: , ,

Daqā’iq al-Ḥurūf merupakan karya Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī yang membawa erti “Kefahaman yang mendalam tentang Ḥurūf.” “Ḥurūf” di sini meruju‘ kepada “ḥurūfan ‘āliyāt”, iaitu istilah taṣawwuf yang digunakan oleh Ibn ‘Arabī dalam sebuah sha‘irnya. Dalam karya ini, pengarang membahathkan perihal martabat Aḥadiyyah, Waḥdah dan Wāḥidiyyah; tentang haqiqat ‘alam yang bersalahan dengan Tuhan; tentang tawḥīd dan pembahagiannya; tentang dhikr, dalilnya, keutamaannya dan jenis-jenisnya; dan tentang tipu daya shaytan dan segala musuh manusia. Penerbitan ini ialah hasil kajian terhadap manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Pengkaji membahagikan buku ini kepada dua bahagian: bahagian pertama, latar belakang Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī al-Jāwī dan pengenalan ringkas naskhah Daqā’iq al-Ḥurūf; dan bahagian kedua, perumian teks Daqā’iq al-Ḥurūf. Manuskrip asal yang dikaji juga dilampirkan untuk ruju‘kan pembaca.

Pengenalan Naskah

1. Muqaddimah
2. Pada Menyatakan Segala Dalil yang Menunjukkan kepada ‘Alam atau kepada Segala Perkara Itu Lain daripada Ḥaqq Ta’ālā
3. Pada Menyatakan Segala Martahbat ‘Tawḥīd
4. Pada Menyatakan Asal Segala Jalan Dhikr dan yang Terlebih Hampir daripada Segala Jalan kepada Allāh dan yang Terlebih Mudah daripadanya atas Segala Hambanya Yang Beroleh Tolong
5. Pada Menyatakan Segala [Tipu] Daya Shaytan
6. Pada Menyatakan Segala Seteru yang Amat Besar
7. Khatimah: Pada Menyatakan Terlebih Hampir Hamba kepada Allāh

Manuksrip: دقائق الحروف
Daftar Istilah
Daftar Ruju’kan

Weight0.279 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.1 cm
Author(s)

,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu

    Ketokohan dan Sumbangan Pemikir Islam Alam Melayu

    RM60.00