Di Tepi Sungai Dajlah

HAMKA (1908–1981), atau nama sebenarnya Abdul Malik Karim Amrullah, merupakan ulama tersohor Nusantara, filsuf dan penulis kelahiran Indonesia.

Jejak Tarbiah (Cetakan kelima, 2023)
207 halaman

RM30.00

In stock

ISBN: 9789671476499 Product ID: 48470 Subject: Sub-subjects: , , ,

Di Tepi Sungai Dajlah merupakan kisah pengembaraan Hamka ke Kota Baghdad, Iraq sekitar tahun 1950 dan diterbitkan kali pertama pada 1952 oleh penerbitan GAPURA N.V. Jakarta. Menerusi catatan ini, terkumpul ingatan-ingatan Hamka di ranah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Di sana beliau mengenangkan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku, baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 Malam yang terkenal dan masyhur itu. Hamka merenungkan dan mengenang betapa sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun. Di sanalah dahulu kalanya berdiri kerajaan Babylonia. Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali ke Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah Indi, iaitu tiga abad sebelum al-Masih dilahirkan.

1. Menuju ke Baghdad
2. Baghdad dan Iraq
3. Raja-raja Bani Hasyim
4. Mazhab Syi’ah
5. Tempat Ziarah Orang Mazhab Sunnah
6. Keturunan Bani Hasyim
7. Iraq Baru
8. Soal-soal Masyarakat
9. Dengan Duta-duta Asing
10. Indonesia di Iraq

Weight0.23 kg
Dimensions20 × 13 × 1.5 cm
Author(s)

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

1952, 2020

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Margaretta Gauthier

    Margaretta Gauthier

    RM25.00
  • Sejarah Umat Islam (Edisi Kemas Kini)

    Sejarah Umat Islam

    RM59.00
  • Kenangan-kenanganku di Malaya

    Kenangan-kenanganku di Malaya

    RM30.00
  • Menyusuri Lembah Sungai Nil

    Menyusuri Lembah Sungai Nil

    RM35.00