Diaspora Manusia Purba dan Pensejarahan Maritim Kepulauan Asia Tenggara

ISMAIL ALI ialah profesor di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

CENDEKIA & Penerbit UMS (Cetakan pertama, 2024)
x + 134 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

Diaspora Manusia Purba dan Pensejarahan Maritim Kepulauan Asia Tenggara membincangkan tentang sejarah pembentukan peradaban maritim di Kepulauan Asia Tenggara masa kini yang berkait rapat dengan diaspora manusia purba pada zaman prasejarah. Berdasarkan rekod-rekod sejarah telah memperlihatkan bagaimana manusia dari Afrika telah melakukan migrasi keluar ke Tanah Besar Asia sejak ribuan tahun sebelum Masihi dan tiba dari Tanah Besar Asia dan wilayah-wilayah yang kita kenali sebagai Asia Tenggara dan Oceania masa kini. Bermula sebagai manusia homo erectus dan kemudiannya berevolusi dan digantikan oleh manusia homo sapiens, manusia purba yang tiba di Kepulauan Asia Tenggara ini telah membina peradaban mereka dengan menjadikan Pulau Jawa sebagai pusat peradaban dan kemudiannya menyebar lagi ke pelbagai wilayah di rantau ini termasuk ke Taiwan dan Oceania seiring dengan perubahan paras laut yang membentuk fizikal benua dan pulau, kemajuan peradaban dan teknologi pelayaran mereka. Dapatlah dikatakan bahawa sejarah dan budaya awal melaut dalam bentuk paling primitif di Kepulauan Asia Tenggara telah wujud semasa zaman praaksara yang ditandai dengan kemunculan manusia purba dan perkembangan peradaban mereka.

Prakata

1. Pengenalan
2. Terminologi, Bidang Geopolitik dan Historiografi Maritim
3. Diaspora Manusia Purba dan Peradaban Awal Maritim
4. Peninggalan Warisan Prasejarah Perahu, Prasasti, Lukisan Gua dan Relif
5. Pasang Surut Kerajaan-kerajaan Maritim, Perkapalan, Pelayaran dan Perdagangan
6. Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight0.2 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

,

Year Published

2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In