Hadis Ilmu Pengetahuan: Antara Fakta dengan Auta adalah sebuah karya yang membongkar keabsahan hadis-hadis berkaitan ilmu pengetahuan, membezakan antara yang sahih dan yang palsu. Buku ini menjadi sumber rujukan penting bagi para pendidik, pelajar, juga pengkaji ilmu hadis. Berasaskan kitab Sahih al-Bukhari—yang diiktiraf sebagai karya hadis paling autentik selepas al-Quran—buku ini menghimpunkan 75 teks hadis berkaitan ilmu pengetahuan dalam 51 subtopik utama. Keunikan buku ini terletak pada perbandingan kritikal antara hadis-hadis sahih dengan 40 hadis palsu tentang ilmu pengetahuan melalui analisis sanad yang sistematik serta ulasan ilmiah yang mendalam.
Lebih daripada sekadar wacana akademik, buku ini juga membimbing pembaca dalam memahami etika penyebaran ilmu, mengikut landasan sunnah Nabi Muhammad SAW. Dengan pendekatan tematik yang sistematik dan analisis yang teliti, ia menjadi rujukan penting dalam menangani cabaran penyebaran maklumat yang tidak sahih—terutama dalam era digital yang penuh dengan kekeliruan dan manipulasi fakta.
Pengenalan
1. Keperluan Guru Menyempurnakan Sesi Pengajaran Sebelum Menjawab Persoalan yang Diajukan oleh Pelajar
2. Keharusan Meninggikan Suara dalam Penyampaian Ilmu
3. Kebijaksanaan Guru dalam Menguji Anak Murid
4. Kepentingan Soal Jawab dan Menerima Ilmu daripada Sumber yang Sahih
5. Galakan Menyampaikan Ilmu dengan Menggunakan Penulisan dan Penghantaran Surat
6. Ganjaran bagi Penuntut Ilmu dan Akibat Berpaling dari Majlis Ilmu
7. Keperluan Menyampaikan Ilmu kepada Sesiapa yang Tidak Berpeluang Hadir ke Majlis Ilmu
8. Kepentingan Memudahkan Penyampaian dan Memilih Waktu yang Sesuai untuk Memberi Ilmu dan Nasihat
9. Keperluan Mengadakan Majlis Ilmu Secara Berjadual
10. Keutamaan Mendalami Ilmu Agama dan Hukum Syarak
11. Galakan Berusaha dalam Memahami Ilmu
12. Keutamaan Bersungguh dalam Mencari Ilmu dan Hikmah
13. Cabaran dan Kesusahan dalam Menuntut Ilmu
14. Kemuliaan Al-Quran Sebagai Sumber Ilmu yang Utama dan Istimewa
15. Keharusan Menyampaikan Ilmu yang Dituntut Ketika Fasa Kanak-Kanak
16. Keutamaan Bermusafir untuk Menuntut Ilmu
17. Kelebihan Bagi Orang yang Menuntut Ilmu dan Mengajarkannya
18. Impak Positif Menuntut Ilmu dan Implikasi Negatif Mengabaikan Ilmu
19. Kelebihan Ilmu
20. Galakan Mengajukan Pertanyaan Apabila Timbul Kemusykilan
21. Keharusan Menggunakan Pelbagai Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Ilmu
22. Keharusan Keluar Bermusafir bagi Menuntut Ilmu dan Menyebarkannya kepada Masyarakat
23. Kewajipan Merujuk Pakar bagi Menjawab Kemusykilan
24. Keperluan Saling Mengulang Kaji Pembelajaran dengan Rakan Sepengajian
25. Keharusan Bagi Guru untuk Bertegas dalam Menegur Perkara yang Menyalahi Agama
26. Keharusan Guru untuk Marah dalam Memberi Peringatan dan Pengajaran bagi Kesalahan Muridnya
27. Adab Berhadapan dengan Guru Ketika Majlis Ilmu
28. Galakan Mengulang Kaji Pelajaran Bagi Memantapkan Kefahaman
29. Galakan Mengajarkan dan Menyebarkan Ilmu dalam Kalangan Ahli Keluarga
30. Keperluan Ketua Keluarga Mengajarkan Ilmu kepada Kaum Wanita
31. Keutamaan Bersungguh dalam Menuntut Ilmu Hadis
32. Keperluan Memilih Pemimpin Berilmu bagi Menghindari Kejahilan dan Kesesatan
33. Keharusan Menetapkan Jadual Kelas Pengajian Khusus Bagi Wanita
34. Keperluan Bagi Murid Memahami Ilmu dan Bertanya Guru Terhadap Sebarang Kemusykilan. Sesiapa yang Mendengar Sesuatu
35. Galakan Berkongsi Ilmu dengan Rakan Sepengajian yang Tidak Hadir Kelas
36. Ancaman Dosa Besar Bagi Penuntut Ilmu yang Mendustai Ilmunya
37. Kepentingan Menulis, Mencatat, Membuat Salinan atau Rakaman ke atas Ilmu yang Dipelajari
38. Keharusan Mengadakan Majlis Ilmu pada Waktu Malam
39. Keharusan Berjaga Malam Bagi Perbincangan Ilmu
40. Keperluan Menghafal Ilmu
41. Larangan Bercakap Apabila Guru Sedang Mengajarkan Ilmu
42. Kepentingan Mendengar dan Menumpukan Perhatian kepada Guru
43. Keharusan Bertanya dalam Keadaan Berdiri kepada Guru yang Sedang Duduk
44. Keharusan Soal Jawab Tentang Ilmu Ketika Melakukan ibadah Haji
45. Larangan Menjawab Pertanyaan Tanpa Ilmu
46. Kepentingan Bertoleransi dan Berhati-hati dalam Menyampaikan Ilmu
47. Kepentingan Menyampaikan Ilmu Mengikut Kemampuan Kefahaman Masyarakat
48. Galakan Meninggalkan Sifat Malu dalam Menuntut Ilmu
49. Keharusan Mewakilkan Orang Lain untuk Bertanya Jika Malu dalam Menuntut Ilmu
50. Keharusan Menyampaikan Ilmu dan Fatwa di Masjid
51. Keperluan Guru dalam Menjawab Pertanyaan Murid dengan Terperinci dan Menyeluruh
HADIS PALSU (MAWDU’) ILMU PENGETAHUAN
52. Bab Perihal Menuntut Ilmu Sehingga ke Negeri China
53. Bab Tentang Sedikitnya Ahli ‘Iraq Mengambil Manfaat daripada Ilmu
54. Bab Perihal Berjalan Tanpa Alas Kaki untuk Menuntut Ilmu
55. Bab Perihal Mempelajari Ilmu Seawal Usia Kanak-Kanak
56. Bab Perihal Pujian dalam Menuntut Ilmu
57. Bab Pahala Orang yang Mengajar
58. Hadis Perihal Mendoakan Guru
59. Hadis Tentang Balasan Buruk Terhadap Guru Jika Tidak Berlaku Adil dengan Anak-Anak Didiknya
60. Bab Tentang Mendoakan Kemiskinan Guru
61. Bab Perihal Celaan Terhadap Guru
62. Bab Mengutamakan untuk Hadir ke Majlis Seorang ‘Alim daripada Perkara Ketaatan yang Lain
63. Bab Perihal Meminta Nasihat daripada Penglipur Lara dan Pengajar
64. Bab Perihal Celaan Terhadap Penglipur Lara
65. Bab Keluarnya Penglipur Lara Bersama Dajal
66. Bab Memperelokkan Penulisan بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
67. Bab Mengenai Selawat ke atas Nabi SAW di dalam Penulisan
68. Bab Perihal Mengambil Upah Kerana Mengajar
69. Hadis Lain yang Bertentangan dengan Hadis-Hadis Ini (Larangan Mengambil Upah)
70. Bab Ikhlas dalam Menyampaikan Ilmu
71. Bab Sifat Orang yang Mendapat Manfaat dan Orang yang Tidak Mendapat Manfaat daripada Ilmu
72. Bab Perihal Memberikan Ilmu kepada Penuntutnya
73. Bab Perihal Tidak Boleh Memberikan Ilmu Kecuali kepada yang Berhak
74. Bab Perihal Mendahulukan Golongan Muda ke atas Golongan Tua dalam Menuntut Ilmu
75. Bab Perihal Menambah Ilmu
Glosari
Indeks
Reviews
There are no reviews yet