Haji Abdul Rahman Limbong: Rekod Kolonial dan Epilog Perjuangan Watan membawa pembaca kepada dua perspektif perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu dari perspektif watan dan juga perspektif Barat. Jika dilihat dari perspektif watan, Haji Abdul Rahman ialah seorang pejuang Melayu tulen yang berjuang untuk mengembalikan hak dan kedudukan bangsa peribumi khususnya orang Melayu daripada penjarahan ekonomi dan sosial pihak kolonial British. Sebaliknya berdasarkan perspektif British, Haji Abdul Rahman ialah seorang fanatik, pemberontak, pengganas, anti-establishment, penentang, pengkhianat, penderhaka dan pengacau yang berstatus persona non grata. Untuk lebih jelas, buku ini juga mengetengahkan inti sari peristiwa berdasarkan sebuah rekod British (C.O. 717/61/2) yang memuatkan laporan penuh berkaitan peristiwa kebangkitan anti-British sehingga kemuncak perjuangan iaitu peristiwa tembakan di Padang Kachong, Kuala Telemong. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1928 merupakan pengakhiran kepada perjuangan Haji Abdul Rahman di bumi kelahirannya sendiri kerana tidak lama selepas peristiwa tersebut, beliau telah dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia kira-kira setahun selepas itu. Buku ini perlu diketengahkan sebagai tatapan umum memandangkan peristiwa masa lalu wajar dijadikan pedoman untuk generasi kini.
Haji Abdul Rahman Limbong: Rekod Kolonial dan Epilog Perjuangan Watan
Penulisan bersama HAMDAN AZIZ, HAFIZ ZAKARIYA dan ZULKIFLI ABDULLAH
Penerbit UMT (Cetakan pertama, 2025)
xiv + 243 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM45.00
In stock
Prakata
1. Lintasan Pensejarahan
2. Prolog: Terengganu Sebelum Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong
3. Deskripsi Rekod British C.O. 717/61/2 terhadap Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong
4. Epilog: Kenisbian dalam Perjuangan Watan Haji Abdul Rahman Limbong
5. Penutup
Rujukan
Indeks
| Weight | 0.398 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.8 × 15.3 × 1.5 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In











Reviews
There are no reviews yet