Hidup Kerana Buku, Vol. 1: Sebuah Lagi Memoir Zin Mahmud

ZIN MAHMUD ialah bekas pengarang kanan Utusan Malaysia dengan pengalaman lebih tiga dekad sebagai wartawan.

Republik Buku (Cetakan pertama, 2023)
238 halaman

RM35.00

In stock

ISBN: 9789672288152 Product ID: 48141 Subject: Sub-subjects: , ,

Hidup Kerana Buku, Vol. 1 memfokuskan bagaimana hidup Zin Mahmud lebih daripada 60 tahun ini dicorakkan oleh buku. Penulisan beliau tentang memoir masa lalunya, akan membuatkan pembaca merasa hendak menulis juga pengalaman masa lalu mereka. Minat penulis terhadap buku amat tinggi dan berpanjangan, dan sepanjang hayat, tidak ada satu masa pun, dakwanya, beliau terlepas daripada buku. Apabila melihat buku, sejak dari kecil lagi, hati hatinya berdebar. Memasuki perpustakaan menimbulkan perasaan teruja yang amat sangat. Begitu juga ketika memasuki kedai buku yang akan sentiasa mendatangkan keceriaan kepada hati penulis seperti mana anak-anak kecil dibawa masuk ke kedai permainan. Walaupun mungkin orang seperti penulis ini hanyalah golongan minoriti tetapi penulis percaya terdapat peminat-peminat buku tegar sepertinya wujud di merata-rata tempat di dunia. Ada istilah-istilah dicipta untuk golongan ini, iaitu bibliofilia atau pencinta buku, penagih buku, kaki buku dan gila buku. Maka memoir ini merupakan ungkapan hidup penulis yang bergelumang dengan segala berkaitan dengan buku. Oleh kerana memoir ini merupakan sebuah buku, dan bukannya perbahasan mengenai buku, maka tulisan ini adalah semata-mata berasaskan pada ingatan.

Prakata

1. Mat Kilau
2. Alice in Wonderland
3. Mustafa Kamal Attarturk
4. Muslims in China Today
5. 1969
6. Enid Blyton
7. Pengakap untuk Budak-budak
8. Panglima Awang

Akhir Kata

Weight0.25 kg
Dimensions19 × 13.1 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • KUBU Sebuah Memoir: Perjalanan Satu Dasawarsa (2014-2024)

    KUBU Sebuah Memoir: Perjalanan Satu Dasawarsa (2014-2024)

    RM35.00