Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa

HENDRIK M.J. MAIER (b.1960) adalah Profesor Emeritus dalam Pengajian Asia Tenggara di University of California, Riverside. Beliau juga Pengarah SEATRiP (Southeast Asia: Text, Ritual and Performance) di universiti yang sama.

Terjemahan daripada judul asal In the Center of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa oleh RUHAN SHAHRIR dan AHMAD TAJUDDIN

INTISARI (Cetakan Pertama, 2022)
353 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

Original price was: RM50.00.Current price is: RM42.00.

In stock

ISBN: 9789672640516 Product ID: 29754 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa adalah suatu kajian klasik ke atas Hikayat Merong Mahawangsa, karya agung dalam sejarah alam Melayu. Hendrik Maier bukan sekadar membaca teks semata-mata tetapi beliau turut menelusuri sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dengan menampilkan konteks sosial dan politik serta pergelutan pemikiran yang ditempuh oleh bangsa Melayu ketika dua kekuatan luar yang diwakili oleh Islam dan Barat menerobos masuk dengan lebih gencar ke alam Melayu tatkala teks warisan tradisi itu ditemui. Pergelutan pemikiran Melayu tradisional yang berhadapan dengan dua idea asing yang besar dan berpengaruh serta bagaimana elit bangsawan Melayu berunding dengan kedua-dua tenaga dan pemikiran ini menjadi latar dan juga intisari yang cukup penting dalam analisis Maier terhadap teks kesusasteraan Istana.

Tatkala kebanyakan pengkaji lain menumpukan bacaan mereka ke atas Hikayat Merong Mahawangsa dengan menelusuri tema-tema lazim pengajian grafisejarah, Maier membacanya selangkah ke hadapan. Beliau membaca dengan intim teks warisan tradisi Melayu itu, menggunakan pendekatan Barthian. Pendekatan ini mempercayai bahawa sesebuah teks itu terbentuk daripada cebisan-cebisan tisu yang dikutip menerusi pelbagai teks-teks lain, yang pada gilirannya turut mengutip daripada teks-teks lain juga. Justeru sebuah karya adalah bayang-bayang intertekstual daripada karya-karya lain yang dimanfaatkannya. Ini merupakan amalan budaya intertekstual yang dikenali dalam budaya kesusasteraan Melayu (dan budaya kesusasteraan lain juga) kerana ia adalah bahagian daripada lautan amalan yang luas yang berkongsi airnya dengan mereka yang tinggal di tubir-tubirnya. Keadaan ini berlaku kerana sifat lisan-dengar yang mencirikan budaya persuratan dalam kesusasteraan Melayu tradisional, tatkala pengarang-pengarang abad ke-19 bergantung kepadanya untuk pembinaan dan pemaknaan karya-karya mereka.

Penghargaan
Catatan Penggunaan Ejaan
Pengenalan

1. Wibawa
2. Low — Realiti
3. Winstedt — Kosa Kata
4. Tradisi
5. Retak
6. Cetak
7. Teks
8. Samar

Bibliografi
Indeks

Weight0.50 kg
Dimensions22.86 × 15.24 × 1.50 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2022

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-2 of 2 reviews
  1. good

    (0) (0)
  2. Saya berpuas hati dengan pembelian dan penghantaran buku. Terima kasih!

    (1) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • In the Center of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa

    In the Center of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa

    RM85.00
  • Bridging the Past and the Present: A Festschrift Honouring Muhammad Haji Salleh

    Bridging the Past and the Present: A Festschrift Honouring Muhammad Haji Salleh

    RM45.00
  • Pelindung: Amalan Taat Setia Masyarakat Melayu

    Pelindung: Amalan Taat Setia Masyarakat Melayu

    RM55.00
  • How to Read a Book: Seni Membaca Buku

    How to Read a Book: Seni Membaca Buku

    RM35.00