Out of stock

Imam al-Ghazālī: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung

W. MONTGOMERY WATT (1909–2006) adalah seorang sarjana Pengajian Islam, sejarawan dan orientalis kelahiran Scotland.

Terjemahan daripada judul Muslim Intellectual: A Study of Al-Ghazali oleh ABDULLAH HUSSAINI

IBDE (Cetakan kedua, 2024)
x + 190 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

Out of stock

Imam al-Ghazālī: Hayat dan Jasa Ilmuwan Ulung merupakan terjemahan daripada karya aslinya, Muslim Intellectual: A Study of al-Ghazālī yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1963 oleh Edinburgh University Press. Judul ini dipilih untuk diterjemahkan kerana kajian W. Montgomery Watt terhadap riwayat Imam al-Ghazālī yang dianggap menyeluruh, merangkumi latar siasah ketika hidupnya, peranan dan sumbangan, perkembangan keilmuan dan karya-karya pentingnya. Selain itu, beliau turut merujuk kepada banyak sumber penulisan dan sejarah tatkala menghasilkan karya ini.

Meskipun versi Inggerisnya masih beredar di pasaran, namun versi terjemahan yang anda tatap ini merupakan versi paling lengkap di dunia setakat ini kerana terdapat pembetulan dibuat oleh mendiang Profesor W. Montgomery Watt pada naskhah asal miliknya sebelum beliau meninggal dunia. Penerbit telah menghubungi warisnya, Ann Watt, yang berbaik hati menyalin senarai pembetulan untuk dikemaskinikan pada terjemahan ini. Pembetulan ini merangkumi tanda diakritik beberapa nama tokoh, catatan, rujukan dan ayat.

Kehidupan sewaktu kecilnya agak samar tetapi beliau kemudian mekar sebagai ilmuwan besar dunia. Baik di Barat mahupun dunia Islam, sumbangannya yang mencakupi pelbagai bidang ilmu melayakkan Imam al-Ghazālī digelar Hujjatul Islam. Pelbagai karyanya masih dibaca dan dikaji sehingga ke hari ini, terutama kitab Iḥyāʾ ʿulūm al-dīn yang isinya mencakupi segenap bidang kehidupan beragama. Buku ini akan membuka mata pembaca terhadap segala daya dan keringat yang ditumpahkan al-Ghazālī dalam menuntun manusia kembali kepada landasan hidup yang benar.

Prakata

1. Peranan Cendekiawan
2. Sarwa al-Ghazālī
3. Pertembungan dengan Falsafah
4. Kebenaran daripada Pemimpin Maksum
5. Penilaian Semula Teologi
6. Pahit Maung Kejayaan Duniawi
7. Asas Kecendekiaan Masyarakat “Iḥyāʾ”
8. Pencapaian

Bibliografi
Indeks

Weight0.422 kg
Dimensions23.5 × 15.5 × 2.2 cm
Author(s)

,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2022

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Perempuan Seribu Satu Malam

    Perempuan Seribu Satu Malam

    RM60.00
  • Dunia Kini Milik China?

    Dunia Kini Milik China?

    RM70.00
  • Perisik dan Pembelot: Kisah Pengintipan Perang Dingin

    Perisik dan Pembelot: Kisah Pengintipan Perang Dingin

    RM80.00
  • Pecah dan Lupa

    Pecah dan Lupa

    RM25.00