Islam dan Kearifan Tempatan: Integrasi Tradisi dan Agama (Malaysia-Indonesia-Brunei) mengkaji pelbagai aspek interaksi antara tradisi Islam dan kebijaksanaan tempatan di dunia Melayu yang memperlihatkan sudut pandang unik tentang bagaimana Islam diadaptasi dan berkembang bersama budaya setempat, amalan masyarakat, dan praktis setempat dengan mengekalkan prinsip-prinsip asas agama Islam secara khususnya. Pelbagai topik yang dibincangkan sesuai dengan tema yang diangkat berkenaan dengan tradisi dan budaya yang dihubungkaitkan dengan agama. Perbincangan yang tidak bersifat tradisional sahaja kerana ada budaya yang sedang berkembang dalam membudaya dalam masyarakat semasa kini khusus dalam kalangan generasi Z. Bahkan ada adat setempat yang bertepatan dengan pemahaman daripada nas al-Quran dan sunnah yang menjadikan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri.
Buku ini tidak hanya membincangkan dalam konteks Malaysia sahaja, tetapi turut mengupas beberapa aspek tradisi dan budaya daripada Indonesia dan Brunei Darussalam. Dalam erti kata bahawa perbincangan menggabungkan antara ketiga-tiga negara yang dibincangkan dalam satu tema yang sama. Semoga hasil perbincangan dalam buku ini dapat dimanfaatkan kepada semua masyarakat di Nusantara secara umumnya, khusus di tiga negara utama Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Prakata
Pendahuluan
1. Amalan Khurafat Melalui Pukau dan Kesan terhadap Ketidaktenteraman Awam
– Khadher Ahmad, Mohamad Khairul Faiz Mohd Khadzali dan Zuraimy Ali
2. Female Genital Mutilation dan Amalan Khitan Wanita di Malaysia Menurut Perspektif Al-Sunnah Al-Nabawiyyah
– Norazam Khair Mohd Ithnin, Ishak Suliaman dan Abdul Halim lbrahim
3. Keberkesanan Penggunaan Buku Kaidah Umum Sepuluh Imam Qiraat dalam Memahami Qiraat Mutawatir dalam Kalangan Mahasiswa Program Studi Ilmu al-Quran dan Tafsir UIN Suska Riau
– Parlindungan Simbolon, Yundri Akhyar, Siti Sarah Izham dan Muhammad Iran Simbolon
4. Al-Quran Sumber Tradisi Melayu Islam dalam Mendepani Krisis Kemanusiaan Serantau
– Ahmad Baha’ Mokhtar, Sri Rahayu @ Nurjanah Dollah dan Nurbazilah Sakynah Tahir
5. Sejarah Rakaman Audio Bacaan al-Quran di Alam Melayu: Kajian di Brunei Darussalam
– Nur Haziqah Taha, Ahmad Baha’ Mokhtar dan Gumaa Ahmed Himmad Adam
6. Krisis Kedudukan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai Golongan Rentan Menurut Perspektif Islam dan Perundangan di Malaysia
– Nurul Izzattie Elnyz Mahadi, Raihanah Abdullah, Mohd Norhusairi Mat Hussin dan Hasiah Mat Salleh
7. Azan Pitu dalam Sumber Tradisional Cirebon-Indonesia
– Asep Ahmad Hidayat dan Wawan Hernawan
8. Pengurusan Pembelajaran al-Quran di Pesantren al-Quran di Jawa Barat
– Mohamad Erihadiana dan Siti Julaeha
9. Kesan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Generasi Z: Penyelesaian Menurut al-Quran dan Hadis
– Monika @ Munirah Abd Razzak, Hafizah Mohd Nor, Muhamad Alihanafiah Norasid dan Nik Mohd Zaim Ab Rahim
10. Isu Gender dalam Konteks Indonesia: Suatu Tinjauan Berdasarkan Pemikiran Kiai Madura
– Maisyatusy Syarifah dan Mustaffa Abdullah
Penutup
Indeks