Kebangkitan Ilmu Hadis

UMAR MUHAMMAD NOOR adalah pensyarah kanan di bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2024)
v + 180 halaman termasuk Bibliografi

RM38.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789674618322 Product ID: 47896 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Kebangkitan Ilmu Hadis akan memahamkan pembaca tentang apa yang berlaku dalam perbahasan ilmu hadis pada hari ini, suatu bidang kesarjanaan yang telah berusia kurang lebih 14 abad. Dalam rentang masa tersebut, ilmu ini mengalami fasa turun dan naik. Selepas mengalami masa-masa keemasan pada abad ke-2 Hijrah (8 Masihi) hingga abad ke-3 Hijrah (9 Masihi), ilmu hadis berada dalam masa kejumudan yang bermula pada abad ke-9H/16M hingga abad ke-13 Hijrah (19 Masihi). Memasuki abad ke-14H/20M, para pengkaji mengamati tanda-tanda yang menunjukkan kebangkitan semula ilmu hadis. Dalam buku ini, penulis akan menjelaskan bagaimana kebangkitan tersebut berlaku dan apa sahaja faktor utama yang menyebabkannya. Penulis akan membawa pembaca meninjau pengajian hadis di India, Mesir, Syam, Saudi, dan Maghribi serta memperkenalkan tokoh-tokoh hadis semasa dan peranan mereka dalam membangkitkan semula perbahasan ilmu hadis. Kajian ini turut mengulas isu-isu terpenting tentang ilmu hadis yang diperdebatkan pada abad ke-14 Hijrah (20 Masihi) dan sebahagiannya terus menjadi polemik pada hari ini.

Prakata

1. Kisah Kebangkitan
2. Ilmu Hadis Sebelum Era Kebangkitan
3. Analisis Faktor Kebangkitan
4. Kronologi Kebangkitan Ilmu Hadis
5. Isu Utama dalam Wacana Ilmu Hadis
6. Rumusan dan Penutup

Bibliografi

Weight0.26 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In