Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih antara Negara

Disunting oleh AZLIZAN MAT ENH dan KU BOON DAR

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
276 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

Only 1 left in stock

Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih antara Negara mengupas isu-isu hangat seperti perselisihan Malaysia-Indonesia di Ambalat, dinamika Laut China Selatan dan tuntutan Brunei ke atas Limbang. Isu warisan seperti tafsiran Perjanjian 1878 melibatkan tuntutan waris Sultan Sulu dan tuntutan Pulau Pinang juga dibicarakan. Era globalisasi bukan sahaja membuka ruang kerjasama rentas sempadan tetapi turut mengundang konflik tuntutan wilayah yang rumit dan berlarutan. Buku Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih antara Negara membawa pembaca menelusuri pertikaian sempadan melalui perspektif sejarah, politik dan ekonomi dengan memberi tumpuan khusus kepada Asia Tenggara dan Asia Timur. Selain daripada tumpuan rantau Asia, perbincangan melangkaui sempadan dengan menyoroti perebutan Kepulauan Senkaku oleh Jepun dan China, pengaruh Amerika Syarikat dalam konflik Falkland, serta tuntutan Cyprus antara Greece dan Turki.

Melalui pendekatan holistik, penulis-penulisnya bukan sahaja meneliti faktor nasionalisme dan kedaulatan, tetapi juga menganalisis usaha diplomatik serta strategi kerjasama serantau. Buku ini merupakan rujukan penting untuk pelajar universiti, sarjana sejarah dan hubungan antarabangsa, para diplomat, pembuat dasar dan individu yang ingin memahami dinamika tuntutan bertindih di persada dunia masa kini. Melalui analisis yang komprehensif, buku ini diharapkan dapat membantu pembaca mengenal pasti faktor-faktor yang mencetuskan ketegangan geopolitik dan merangsang idea baharu bagi penyelesaian konflik secara adil dan mampan. Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih antara Negara menawarkan perspektif segar ke arah pembinaan keamanan serantau dan kestabilan dunia.

Prakata

1. Penyelesaian Konflik dan Isu Tuntutan Bertindih: Pendekatan Holistik dalam Kompleksiti Isu
Azlizan Mat Enh & Ku Boon Dar

2. Tuntutan Bertindih Malaysia-Indonesia Berhubung Ambalat: 1969-2017
Solehulhafiz Suhaimi & Azlizan Mat Enh

3. Tuntutan Bertindih Wilayah di Laut China Selatan: Peranan Malaysia dalam Dinamikanya
Ku Boon Dar

4. Isu Tuntutan Brunei terhadap Limbang 1970-1975: Reaksi Masyarakat Umum
Muhamad Hanafi Muhamad Hanefa & Ahmad Zainudin Husin

5. Anakronisme dalam Interpretasi Perjanjian 1878 dan Isu Tuntutan Bayaran Tahunan oleh Waris-waris Sultan Sulu
Norizan Kadir

6. Isu Tuntutan ke atas Pulau Pinang vis a vis Hubungan Kedah, Siam dan British
Hasim Sa’ari

7. Perspektif Jepun dalam Tuntutan Bertindih Kepulauan Senkaku: Strategi Kerjasama Jepun-Amerika Syarikat dan Kerjasama Serantau
Asmadi Hassan

8. Nasionalisme, Isu Kedaulatan dan Tuntutan Bertindih Jepun-China ke atas Kepulauan Senkaku di Laut China Timur (1970-an-2000): Satu Analisis Sejarah
Lai Yew Meng & Maureen De Silva

9. Inisiatif Amerika Syarikat dalam Pertikaian Pulau Falkland antara Argentina dengan Britain, 1982: Penelitian Berdasarkan Catatan Diari James Rentschler
Noorilham Ismail

10. Tuntutan Bertindih Mesir-Arab Saudi terhadap Pulau Sanafir dan Tiran di Laut Merah serta Kepentingan Geostrategik Mesir, 1967-1979
Muhamad Hasrul Zakariah

11. Sejarah Perebutan Cyprus antara Greece dengan Turki: Penelitian dari Perspektif Britain, 1945-1950
Norasmahani Hussain

Rujukan
Indeks

Weight0.415 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Dasar Luar Amerika Syarikat terhadap Turki: Era Perang Dingin (1945-1989)

    Dasar Luar Amerika Syarikat terhadap Turki: Era Perang Dingin (1945-1989)

    RM30.00
  • SITC dalam Perjuangan Kemerdekaan: Pencetus Kebangkitan Rakyat

    SITC dalam Perjuangan Kemerdekaan: Pencetus Kebangkitan Rakyat

    RM50.00
  • Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu

    Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu

    RM21.00
  • Isu-isu dan Naratif Baharu Persejarahan Politik Malaysia

    Isu-isu dan Naratif Baharu Persejarahan Politik Malaysia

    RM48.00