Out of stock

Konflik Palestin: Jejak Sejarah dan Realiti Masa Kini

Suntingan oleh MOHD ROSLAN MOHD NOR, MOHAMAD FIKRI MOHD BAKRI dan AINUL ASYRAF LOKMAN

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2025)
ix + 153 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

Out of stock

ISBN: 9789674884130 Product ID: 49377 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Konflik Palestin: Jejak Sejarah dan Realiti Masa Kini bukan sahaja mendokumentasikan realiti semasa, malah mengajak pembaca untuk merenung tanggungjawab bersama dalam membela rakyat Palestin. Ia menjadi medan wacana untuk menilai semula pendekatan sedia ada, membangunkan strategi baharu, dan mengukuhkan solidariti sejagat demi mengakhiri penindasan yang telah berlangsung lebih tujuh dekad. Konflik Palestin-Israel merupakan antara krisis geopolitik paling rumit dan berpanjangan dalam sejarah moden. Sejak pengisytiharan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, bumi Palestin menjadi saksi kepada tragedi kemanusiaan yang tiada penghujungnya. Rakyat Palestin, khususnya di Gaza, terus hidup dalam keadaan terpinggir dan tertekan, seolah-olah menjadi pelarian di tanah air sendiri. Siri serangan ketenteraan rejim Zionis yang berulang-ulang telah meragut ribuan nyawa, memusnahkan prasarana asas termasuk rumah, sekolah, hospital, masjid, dan kemudahan awam, serta menakan hak asasi mereka untuk hidup aman dan bermaruah.

Realiti yang berlaku pada hari ini menunjukkan peningkatan ketara dalam tahap kekejaman, termasuk penggunaan kekuatan ketenteraan secara tidak seimbang dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa. Dalam keadaan ini, timbul persoalan yang mendesak: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa selama ini mencukupi untuk menghentikan penindasan ini? Adakah bentuk reaksi yang terbatas kepada kecaman, boikot, atau demonstrasi mampu memberikan kesan jangka panjang? Buku ini membentangkan analisis komprehensif mengenai perkembangan mutakhir konik Palestin-Israel melalui paduan perspektif sejarah, politik, undang-undang antarabangsa, dan hak asasi manusia. Ia meneliti secara kritis keberkesanan tindak balas dunia Islam, menyoroti cabaran dalam membentuk solidariti politik yang konsisten, serta mengemukakan cadangan strategi yang lebih bersepadu bagi menegakkan keadilan.

Prakata

1. Konflik Palestin-Israel: Kepentingan Mempertahankan Baitulmuqaddis Keutamaan Ummah dalam Karya Yusuf Al-Qaradawi
Muhamad Zuhaili Saiman

2. Pendekatan Negara-negara Arab dalam Konflik Palestin-Israel
Mohamad Fikri Mohd Bakri & Mohd Roslan Mohd Nor

3. Konflik Palestin-Israel: Pola Penerbitan Artikel Terkini dalam Indeks Scopus
Suraini Saufi & Nur Ain Mohd Yusoff

4. Jejak Normalisasi Sudan-Israel: Dari Resolusi Khartoum ke Perjanjian Abraham
Ainul Asyraf Lokman & Mohd Roslan Mohd Nor

5. Pertimbangan Maslahah dan Mafsadah dalam Isu Pemboikotan Produk dan Perkhidmaran yang Menyalurkan Bantuan kepada Israel
Mohd Anuar Ramli, Annuar Ramadhon Kasa, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Muhammad Afifi Abdul Hamid & Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain

6. Wanita dan Keterjaminan Makanan di Zon Konflik Palestin-Israel
Mohd Anuar Ramli, Annuar Ramadhon Kasa, Zalina Zakaria, Nurrulhidayah Ahmad Fadzillah & Mohd Farhan Md Ariffin

7. Kronologi Konflik Perang Palestin-Israel pada Abad Ke-21
Adlin Shaimi Baharom & Mohamad Fikri Mohd Bakri

8. Potensi Pakatan Turkiye-Malaysia dalam Membebaskan Palestin
Muhammad Khalis lbrahim

9. Peranan dan Usaha Perawi Hadis Palestin dalam Pemeliharaan al-Sunnah al-Nabawiyyah
Norazam Khair Mohd Ithnin, Muhammad Taufiq Amat Famsir @ Amat Tamsir, Mohamad Khalid Bahrudin & Ishak Suliaman

Rujukan
Indeks

Weight0.257 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 0.9 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Perkembangan Islam di Turkiye: Dari Era Khilafah hingga AKP

    Perkembangan Islam di Turkiye: Dari Era Khilafah hingga AKP

    RM70.00
  • Hadis Ilmu Pengetahuan: Antara Fakta dengan Auta

    Hadis Ilmu Pengetahuan: Antara Fakta dengan Auta

    RM64.00
  • Warisan Hadis Ulama Nusantara

    Warisan Hadis Ulama Nusantara

    RM35.00
  • Pemikiran Politik Islam Masa Kini: Sandaran Syariah dan Falsafah

    Pemikiran Politik Islam Masa Kini: Sandaran Syariah dan Falsafah

    RM56.00