Manhaj Kesufian Tok Ku Paloh adalah sebuah kajian pensejarahan yang menghuraikan peranan seorang tokoh ulama terkenal, iaitu Tok Ku Paloh yang telah mencipta era kegemilangan di negeri Terengganu. Buku ini membicarakan biodata lengkap Tok Ku Paloh dan sejarah perjalanan hidupnya sebagai seorang tokoh sufi dalam menyampaikan dakwah kesufian di negeri Terengganu di samping sumbangannya yang besar dalam mencorakkkan kefahaman sufi melalui kitabnya Ma’arij al-Lahfan. Buku ini juga membahaskan secara panjang lebar tentang isi kandungan kitab Ma’arij al-Lahfan yang mengetengahkan manhaj kesufian Tok Ku Paloh dalam aspek pendekatan tasawufnya dan kesesuaian aplikasinya pada masa kini. Buku ini sangat sesuai untuk tatapan dan bacaan ahli akademia, para pengkaji, dan masyarakat awam yang ingin mengetahui secara mendalam penglibatan dan peranan Tok Ku Paloh dalam institusi sosial, pendidikan Islam, kesultanan dan dakwah kesufian di negeri Terengganu.
Manhaj Kesufian Tok Ku Paloh
Penulisan bersama ZAWAWI YUSOFF dan ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI
Penerbit UniSZA (Cetakan kedua, 2023)
111 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM39.00
In stock
Prakata
Pendahuluan
1. Perkembangan Islam dan Tasawuf di negeri Terengganu
2. Tok Ku Paloh (Sufi Mujahid)
3. Tasawuf dan Dakwah Tok Ku Paloh
4. Pendekatan Tasawuf dalam Dakwah Tok Ku Paloh dan Aplikasinya Kini
5. Penutup
Rujukan
Indeks
| Weight | 0.184 kg |
|---|---|
| Dimensions | 23 × 15 × 0.6 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2015 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In












Reviews
There are no reviews yet