Memahami Ekonomi: Panduan Termudah untuk Orang Awam

HA-JOON CHANG ialah seorang pakar ekonomi terkemuka dari Korea Selatan yang sering mengkritik neoliberalisme dan globalisasi.

Terjemahan daripada judul asal Economics: The User’s Guide oleh AFIFAH ANNI’MATY

IBDE (Cetakan pertama, 2025)
374 halaman termasuk Indeks

RM70.00

In stock

ISBN: 9789670037806 Product ID: 49181 Subject: Sub-subjects: , , ,

Memahami Ekonomi: Panduan Termudah untuk Orang Awam mempersembahkan pandangan kritis Ha-Joon Chang tentang bagaimana ekonomi berfungsi dalam kehidupan seharian. Selain sarat dengan fakta dan sejarah, pengarang turut membahaskan teori-teori ekonomi yang penting dengan cara mudah dan menghiburkan. Gaya penulisan buku ini yang santai mengajar pembaca cara berfikir seperti ahli ekonomi tanpa jargon-jargon mengelirukan. Buku ini adalah bacaan wajib bagi mereka yang ingin melihat dunia ekonomi dari sudut baru. Ha-Joon Chang membawa anda menyelami kuasa paling berpengaruh dalam hidup kita: ekonomi. Dengan bahasa yang ringkas, jelas, dan contoh dunia sebenar, buku ini menerangkan bagaimana pasaran, kerajaan, dan kuasa global mempengaruhi segala-galanya daripada sekecil-kecil perkara hinggalah masa depan sesebuah negara. Tidak seperti buku teks tradisional, Memahami Ekonomi memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran ekonomi dengan menyingkap kekuatan, kelemahan, serta bias tersembunyi di sebaliknya. Pembaca diberi kuasa untuk mempersoalkan andaian, mencabar mitos, dan membentuk penilaian sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi.

Pendahuluan: Kenapa Ambil Peduli?

BAHAGIAN SATU: MENGENAL BUKU INI
1. Kehidupan, Alam Semesta dan Segalanya
2. Daripada Pin kepada PIN
3. Sejauh Mana Sudah Kita Berjalan?
4. Biar Mekar Scratus Bunga
5. Dramatis Personae

BAHAGIAN DUA: MENGGUNAKAN ILMU EKONOMI
6. Berapa yang Anda Mahu?
7. Bagaimana Keadaan Taman Anda?
8. Masalah di Fidelity Fiduciary Bank
9. Kambing Boris Perlu Mati
10. Saya Kenal Beberapa Orang yang Pernah Bekerja
11. Leviathan atau Raja Filsuf?
12 “Segalanya Melimpah-ruah”

Epilog: Sekarang Apa?
Nota Hujung
Daftar Kata

Weight0.5 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 2 cm
Author(s)

,

Format

Hardback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In