Mencari Identiti, Jilid 3: Bertandang ke Bumi Firaun

MAHMOOD ZUHDI AB MAJID (1945-2023) ialah sarjana, tokoh akademik dan pendakwah di Malaysia, dan merupakan Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

ILHAM Books (Cetakan Pertama, 2022)
xiv + 280 halaman

RM40.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789672007517 Product ID: 49128 Subject: Sub-subjects: , ,

Mencari Identiti: Bertandang ke Bumi Firaun yang berkesinambungan daripada Budak Nilam Puri merupakan jilid ketiga daripada tujuh dalam siri autobiografi Prof Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang beliau namakan sebagai Mencari Identiti. Bertandang ke Bumi Firaun mengisahkan jalan hidup penulis yang berkelana ke Mesir dalam perjuangan mencari identiti membina kedewasaan. Dengan kudrat yang ada dan teman baharu pendamping dalam hidupnya, Mahmood Zuhdi berkelana ke bumi Firaun menempuh cabaran menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, sebuah institusi Islam tersohor di dunia. Oleh kerana hasrat yang ingin dicapai, segala liku kehidupan di Mesir beliau lalui dengan tabah. Penumpuan terhadap pelajaran diberikan sepenuhnya agar beliau menjadi produk keluaran Nilam Puri yang cemerlang di Mesir. Meskipun begitu, Mahmood Zuhdi tetap menikmati kehidupan di Mesir dengan pelbagai pengalaman dan pengamatan yang menarik. Penceritaan beliau seolah-olah membawa kita mengembara zaman 1970-an terutama suasana di Universiti Al-Azhar dan kota Kaherah.

Bergaul dengan masyarakat Arab memerlukan teknik tertentu agar tidak ditipu bulat-bulat atau akur tanpa menegakkan hak sendiri. Melalui ‘ajaran’ seorang wanita Arab, beliau menggunakan ilmu tersebut ketika melakukan urusan harian terutama apabila membeli barangan di pasar. Kalau tiada skil, boleh ditipu hidup-hidup kerana terlalu lurus. Kuncinya ialah menguasai bahasa mereka jika tidak mahu dipergunakan. Penulis juga turut merasakan detik-detik cemas menjadi pelarian perang dan setiap masa yang berlalu sebelum menjejakkan kaki ke tanah air dirasakan begitu perlahan dan menjadi suatu catatan yang berharga dipersembahkan dalam buku jilid ketiga siri autobiografi Mencari Identiti ini.

Pendahuluan

1. Anak Ayah
2. Pergi ke Mesir
3. Perjalanan ke Mesir
4. Masyarakat Melayu Mesir
5. Kehadiran dalam Kuliah
6. Menyahut Cabaran
7. Menjadi Pelajar al-Azhar
8. Gagal Pada Pusingan Pertama
9. Masyarakat Tempatan Mesir
10. Rumah Kediaman
11. Melawat Kubur Firaun
12. Beralih Angin ke Áin Syams
13. Berdaftar Sebagai Calon PhD
14. Menjadi Pelarian Perang

Penutup

Weight0.35 kg
Dimensions20.5 × 13.5 × 2.2 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2022

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Mencari Identiti: Bintang Malap di Bulan Gerhana

    Mencari Identiti, Jilid 5: Bintang Malap di Bulan Gerhana

    RM45.00
  • Mencari Identiti: Perjuangan Tanpa Noktah

    Mencari Identiti, Jilid 4: Perjuangan Tanpa Noktah

    RM48.00
  • Mencari Identiti: Budak Nilam Puri

    Mencari Identiti, Jilid 2: Budak Nilam Puri

    RM40.00
  • Mencari Identiti: Budak Surau

    Mencari Identiti, Jilid 1: Budak Surau

    RM35.00