Mencari Identiti, Jilid 4: Perjuangan Tanpa Noktah

MAHMOOD ZUHDI AB MAJID (1945-2023) ialah sarjana, tokoh akademik dan pendakwah di Malaysia, dan merupakan Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

ILHAM Books (Cetakan pertama, 2023)
xii + 514 halaman

RM48.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789670067001 Product ID: 49129 Subject: Sub-subjects: , ,

Mencari Identiti: Perjuangan Tanpa Noktah yang berkesinambungan daripada Bertandang ke Bumi Firaun merupakan jilid keempat daripada tujuh dalam siri autobiografi Prof Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang beliau namakan sebagai Mencari Identiti. Sepulangnya Mahmood Zuhdi dari bumi firaun, beliau bermula dengan menjadi tenaga pengajar di Nilam Puri sambil terlibat secara selingan dalam politik walaupun beliau bukan pemain utama. Dalam kesempatan yang ada, beliau juga giat menjalankan kerja-kerja dakwah dalam jemaah dengan kudrat yang ada. Perjuangan menuntut ilmu bermula semula dan beliau kembali berpisah dengan keluarga, di antara Kota Bharu dan Kota London. Telah menjadi kebiasaan kepada Mahmood Zuhdi hidup secara survival dan kini bertungkus lumus menyempurnakan ijazah doktor falsafahnya dengan dibimbing mahagurunya di School of Oriental and African Studies.

Mahmood Zuhdi mula menyesuaikan diri di Kota Inggeris dengan berbekalkan pengalaman yang dikutip dari Nilam Puri dan Kaherah sebelum ini, namun petualangan kali ini amat berbeza dengan cabaran besar dihadapi di bumi yang majoritinya mengamalkan agama dan adat yang semestinya berbeza. London menjadi saksi Mahmood Zuhdi mengimbangi perjuangan antara kehidupan dan sarjananya, ibarat rusa masuk kampung, keluarga yang berada di kampung halaman sentiasa berada di dalam fikiran menjadi penyokong dalam menelusuri budaya dan kebiasaan yang baru.

Pendahuluan

1. Sirih Pulang ke Gagang
2. Menjadi Penceramah Sambilan
3. Enam Tahun yang Bergolak
4. Kembali ke Pangkal Jalan
5. Menjadi Pelajar Semula
6. Belajar di Canterbury
7. Pengalaman Baru
8. Bersama Keluarga di Canterbury
9. Kembali Berkelana
10. Wajah Sebuah Tesis Akademik

Penutup

Weight0.55 kg
Dimensions20.5 × 13.4 × 3.9 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Mencari Identiti: Bintang Malap di Bulan Gerhana

    Mencari Identiti, Jilid 5: Bintang Malap di Bulan Gerhana

    RM45.00
  • Mencari Identiti: Bertandang ke Bumi Firaun

    Mencari Identiti, Jilid 3: Bertandang ke Bumi Firaun

    RM40.00
  • Mencari Identiti: Budak Surau

    Mencari Identiti, Jilid 1: Budak Surau

    RM35.00
  • Mencari Identiti: Budak Nilam Puri

    Mencari Identiti, Jilid 2: Budak Nilam Puri

    RM40.00