Mencari Identiti: Bintang Malap di Bulan Gerhana yang berkesinambungan daripada Perjuangan Tanpa Noktah merupakan jilid keempat daripada tujuh dalam siri autobiografi Prof Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang beliau namakan sebagai Mencari Identiti. Jika jilid-jilld terdahulu dahulu memperlihatkan sisi Mahmood Zuhdi sebagai seorang ‘budak surau’ sehingga pelajar universiti yang gigih menuntut ilmu termasuk di luar negeri, Bintang Malap Di Bulan Gerhana pula memperlihatkan kesedaran dan pengamatan beliau terhadap sejarah politik tanah air terutama politik İslam. Mahmood Zuhdi mengimbau kembali fasa-fasa awal kemerdekaan semasa beliau membesar, persaingan politik yang tajam antara PAS dan UMNO di Kelantan, sejarah hitam 13 Mei, pembentukan kerajaan campuran PAS-Perikatan dan penubuhan Barisan Nasional serta bagaimana akhirnya PAS tersingkir daripada Barisan Nasional. Bahkan beliau sebenarnya bukan sekadar melihat dari jauh, tetapi turut ‘bermain’ dan ‘bersilat’ dalam gelanggang politik yang menjadi minat bahkan darah daging beliau sejak kecil lagi. Mengikut perancangan, siri autobiografi Mencari Identiti sepatutnya mempunyai 7 jilid. Buku yang ada di tangan anda sekarang adalah jilid ke-5 yang sempat penulis siapkan sebelum beliau meninggal dunia pada 17 Jun 2023.
Mencari Identiti, Jilid 5: Bintang Malap di Bulan Gerhana
MAHMOOD ZUHDI AB MAJID (1945-2023) ialah sarjana, tokoh akademik dan pendakwah di Malaysia, dan merupakan Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
ILHAM Books (Cetakan pertama, 2025)
xiv + 248 halaman
RM45.00
In stock
Dari Lubuk Hati
Dari Langit Kami Berteduh
Nota Penerbit
1. Latar Belakang
2. Pendedahan Awal
3. Pilihan Raya Tahun 1959 dan Penggulingan Kerajaan Secara Tidak Demokratik
4. Politik Kafir-Mengkafir dan Tangkap-Menangkap
5. Peristiwa 13 Mei dan Penubuhan Barisan Nasional
6. Dalam Madu Pun Ada Racun
In Memoriam
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 20.4 × 13.4 × 2 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In















Reviews
There are no reviews yet