Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816-1947

SITI NOOR HAFIZAH MOHAMED SHARIF ialah pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Sains Malaysia.

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2024)
xvii + 260 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM44.00

In stock

ISBN: 9789674618148 Product ID: 49252 Subjects: , , Sub-subjects: , , , , , , ,
GTIN: 9789674618148
Brand: Penerbit Universiti Sains Malaysia

Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816-1947 mengupas dan meneliti fenomena penghijrahan orang Melayu ke Kerian dan menjawab stigma Melayu malas. Salah satu stigma yang sehingga kini membayangi orang Melayu ialah ungkapan ‘Melayu malas’. Ungkapan ini mula berakar umbi sejak zaman penjajahan British di Tanah Melayu, lalu dikukuhkan melalui penulisan-penulisan selepasnya. Sifat malas orang Melayu ini telah dijadikan sebagai hujah kepada kemunduran dan ketinggalan orang Melayu dalam sektor ekonomi. Justeru, buku ini akan membahaskan ungkapan Melayu malas yang dikaitkan dengan punca kemunduran ekonomi orang Melayu semasa zaman penjajahan melalui perbincangan tentang aspek penghijrahan orang Melayu ke Kerian, Perak. Berdasarkan aktiviti penghijrahan orang Melayu ke Kerian, didapati bahawa orang Melayu bukanlah malas berikutan kesanggupan mereka berhijrah meninggalkan kampung halaman bagi mengusahakan penanaman padi di Kerian dan atas faktor peluang-peluang ekonomi yang lebih terbuka di daerah ini.

Bahkan, aktiviti penghijrahan orang Melayu ke Kerian ini telah pun berlaku sejak sebelum penjajahan British. Penjajahan British hanyalah merancakkan lagi aktiviti penghijrahan tersebut melalui peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan seperti pemilikan tanah yang mudah dan murah serta penyediaan Rancangan Pengairan Kerian. Namun, kewujudan sekatan perundangan, khususnya pelaksanaan The Krian Irrigation Enactment, 1905 bukan sahaja telah meningkatkan kos penanaman padi, bahkan menghalang orang Melayu daripada menggantikan tanaman padi mereka dengan tanaman komersial getah yang jauh lebih menguntungkan. Hal inilah yang menyebabkan kehidupan dan ekonomi orang Melayu terus miskin dan mundur semasa penjajahan British. Benarkah perundangan zaman penjajahan ini menjadi punca utama kepada kemunduran ekonomi orang Melayu? Apakah muslihat penjajah di sebalik sekatan perundangan yang diperkenalkan? Persoalan-persoalan yang timbul akan terjawab dalam kupasan perbincangan buku ini yang diolah secara terperinci dengan bukti-bukti yang nyata.

Prakata

1. Pengenalan
2. Politik, Sosioekonomi dan Penghijrahan Masyarakat Melayu di Perak Sehingga Tahun 1873
3. Penjajahan British dan Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, Tahun 1874-1905
4. Rancangan Pengairan Kerian: Implikasinya ke Atas Aktiviti Penghijrahan, Tahun 1906-1947
5. Melayu Malas atau Tertindas?
6. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.432 kg
Dimensions24 × 16.5 × 2 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In