Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora menelusuri perjalanan kuasa Mahathir Mohamad selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang terpalit dengan segala macam salah guna kuasa dan layanan kejam terhadap seteru politik. Muslihatnya yang sukar dijangka menjadikan Mahathir seorang negarawan yang handal mengelirukan kawan dan juga lawan. Bermula dengan pemecatannya daripada UMNO dalam tahun 1969, kepada gerakan Reformasi yang terhasil akibat pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dan sehinggalah kepada bersaranya Abdullah Badawi dari puncak kuasa pada tahun 2009; Mahathir terus hidup dan kejap dalam kerjaya politiknya selama lebih enam dekad dan Barry Wain meriwayatkan dengan penuh teliti.
Sewaktu “Era Mahathir” bermula Julai 1981 sehingga Oktober 2003; skandal kewangan negara, projek mega, kegagalan penswastaan, pembentukan Bangsa Malaysia, dan gelora politik telah menjadi penanda kepada kepimpinan Mahathir, sewaktu pada masa yang sama beliau cuba menguruskan ekonomi sebuah negara kecil yang bercita-cita besar. Berdasarkan laporan akhbar, penulisan akademik, temu bual dengan Mahathir dan sebilangan sosok yang rapat dengan beliau, kawan-kawannya, musuh-musuh politiknya, maka biografi ini menawarkan suatu bentuk penceritaan naratif Mahathir Mohamad yang berbeza daripada naratif rasmi.












Reviews
There are no reviews yet